Mangsa banjir di Kedah meningkat, Johor pulih

Dari Penulis

JUMLAH mangsa banjir di Kedah pada sebelah pagi ini meningkat sedikit, Johor pulih sepenuhnya manakala di Melaka pula hampir pulih dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mohd. Muaz Mohd Yusoff berkata, jumlah mangsa banjir pada 8 pagi ini adalah 823 orang berbanding 736 orang petang semalam dengan dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi.

Menurut beliau, dua PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Convent dan SK Titi Gajah di daerah Kota Setar.

Mohd. Muaz berkata, daerah Kota Setar kini mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 300 orang daripada 117 keluarga yang dipindahkan ke enam PPS diikuti daerah Pendang dengan 291 orang mangsa daripada 76 keluarga yang ditempatkan di dua PPS.

“PPS SK Convent di daerah Kota Setar menempatkan seramai sembilan mangsa daripada tiga keluarga, manakala SK Titi Gajah menempatkan 75 mangsa daripada 26 keluarga dan kedua-dua PPS dibuka pada 8 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Daerah Kubang Pasu pula mencatatkan seramai 100 mangsa daripada 25 keluarga yang dipindahkan ke dua PPS, sementara seramai 48 orang daripada 14 keluarga dipindahkan di dua PPS di Pokok Sena.

Baca artikel berkaitan: Banjir Kedah, pusat pemindahan dibuka di tiga daerah

Di JOHOR, keadaan banjir kilat di Pontian, pulih sepenuhnya apabila PPS SK Melayu Raya yang dibuka sejak Selasa lalu ditutup pada pukul 9 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, PPS berkenaan yang menempatkan seramai 18 orang daripada empat keluarga dari Kampung Paya Embun ditutup susulan keadaan banjir surut dan cuaca bertambah baik.

Selasa lalu, hujan lebat selama dua jam mengakibatkan 18 orang penduduk kampung Paya Embun terpaksa dipindahkan ke PPS SK Melayu Raya bertempat di daerah Segamat selepas kediaman mereka dinaiki air.

Di MELAKA, hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Sekolah Rendah (SK) Durian Tunggal yang menempatkan empat mangsa daripada dua keluarga setakat 8 pagi tadi.

Pengarah APM Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra dalam kenyataan berkata, keadaan banjir di Alor Gajah hampir pulih sepenuhnya, mangsa terlibat dijangka dibenarkan pulang setelah kerja-kerja pembersihan di rumah mereka selesai dilakukan. – BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This