Gambar hiasan.

BILA berkonvoi balik kampung atau pergi makan angin ramai-ramai, macam-macam hal boleh terjadi.

Kisah ahli keluarga atau anggota rombongan tertinggal di tandas lebuh raya antara yang masyhur.

Jika yang tertinggal itu orang dewasa, mungkin tidaklah berderau sangat darah.

Namun jika kanak-kanak yang menjadi mangsa, itu memang mencemaskan.

Ini seperti berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang tertinggal di tandas Plaza Tol Ipoh Selatan semalam.

Semuanya berlaku akibat salah faham kerana keluarga mangsa menaiki dua kereta dari Rawang ke Taiping, satu dipandu ibu bapanya dan sebuah lagi dipandu adik beradik kanak-kanak itu.

Memetik laporan BERNAMA, ibu bapa mangsa ingatkan mangsa berada dalam kereta sebuah lagi manakala begitu juga sebaliknya.

Apa pun mujurlah perkara itu disedari ketika singgah di rumah saudara mereka di Mengelembu, kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian dan mangsa ditemukan selamat serta telah diambil semula oleh keluarganya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, semakan dengan petugas plaza tol tersebut mendapati, keluarga kanak-kanak berumur lapan tahun itu telah membawanya pulang pada hari yang sama semalam.

Baca artikel berkaitan: Risau kena marah selipar hilang, kanak-kanak dakwa diculik

“Mangsa telah diambil semula oleh keluarganya. Terdapat salah faham yang mana keluarga mangsa menaiki dua kenderaan iaitu sebuah kenderaan dinaiki ibu bapanya, manakala sebuah lagi kenderaan dinaiki adik beradik mangsa yang berhenti di tandas.

“Mereka ingat mangsa naik salah satu kereta dan apabila sampai di rumah saudara mereka di Menglembu, kira-kira 20 kilometer dari plaza tol itu, didapati mangsa tiada dan ibu bapa mangsa telah pergi semula ke plaza tol untuk mengambil mangsa. Mangsa dalam keadaan baik,” katanya ringkas kepada BERNAMA.

Semalam tular di WhatsApp dan media sosial gambar kanak-kanak lelaki tersebut yang dipercayai datang dari Rawang, Selangor untuk ke Zoo Taiping sebelum dikatakan tertinggal di tandas awam tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram