PH akur keputusan mahkamah tolak permohonan batal PRN Melaka

Dari Penulis

PAKATAN Harapan (PH) Melaka akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan Pengerusinya Adly Zahari untuk membatalkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan pada 20 November.

Adly dalam satu kenyataan berkata, PH Melaka turut akur dengan keputusan tersebut dan merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan peguam atas usaha yang dilakukan mereka bagi mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 4 Oktober lepas.

“Sehubungan itu,  peluang  terakhir  rakyat  Melaka  adalah  melalui  PRN yang akan berlangsung pada 20 November 2021. Saya merayu kepada semua rakyat untuk turun mengundi bagi memastikan demokrasi dan hak rakyat dalam menentukan kepimpinan negeri ini terus terpelihara,” katanya.

Pada 22 Oktober lepas, Adly, yang juga bekas Ketua Menteri Melaka menfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon supaya PRN yang dijadualkan pada 20 November ini dibatalkan dengan serta-merta.

BERITA BERKAITAN Mahkamah tolak permohonan Adly Zahari batalkan PRN Melaka

Adly yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman itu juga menuntut deklarasi bahawa pembubaran DUN Melaka yang ke-14 pada 4 Oktober lepas adalah tidak sah dan terbatal.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov susulan pembubaran DUN pada 4 Oktober lepas selepas empat Ahli DUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut terjatuh bangunan sekolah di Sendayan

SEORANG pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Sendayan, Seremban, hari ini. Ketua...

More Articles Like This