PELAKON terkenal, Sharifah Sakinah sekali lagi menjadi bualan netizen selepas memuat naik foto dirinya berendam buih di dalam tab mandi dengan menampakkan separuh bahagian badannya.
Terdahulu, pelakon siri Girlfriend Aku Dari Neraka ini sunyi seketika daripada sebarang kontroversi kerana berada di luar negara pada Mei lalu untuk rawatan penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) yang dihadapinya.
Menerusi perkongsian foto berkenaan, Sakinah turut memaklumkan dia sudah kembali ke set penggambaraan selepas berehat panjang.
โSetelah lama berehat, akhirnya saya kembali ke set. Berbalik kepada cinta pertama saya (lakonan),โ tulisnya di ruangan kapsyen.

Semestinya perkongsian foto ini mengundang pelbagai reaksi daripada warganet apatah lagi Sakinah sudah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha
Rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur nasihat agar Sakinah lebih berhati-hati dalam pemilihan gambar yang dimuat naik apatah lagi dirinya adalah wanita Melayu Islam.
Tidak ketinggalan juga banyak komen berunsur negatif dan ada yang turut mendoakan agar pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu diberi hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik suatu hari nanti.
Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

