iphone 12
Reaksi Muna yang begitu 'dramatis' ketika menerima 'hadiah' iPhone 12 daripada rakan baiknya.

KEJUTAN dua wanita “menghadiahkan” rakan baik mereka sebuah iPhone 12 sebagai “kejutan” ketika bersama-sama menikmati juadah makan tengah hari mengudang rasa terharu netizen.

Reaksi Muna Saidah Mohamad, 32, ketika membuka kotak berserta ekspresi penuh “dramatis” menyentuh hati ramai netizen yang langsung tidak menyangka rakan-rakannya sanggup memberikan hadiah begitu mahal sebagai tanda persahabatan mereka bertiga.

Raut wajah Muna yang cukup terharu itu telah menyebabkan Noor Ain Zakaria, 28, dan Nur izzati shahira che mohd azmin, 29, geli hati dengan kerenah sahabatnya.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @MieyaYaya telah mendapat lebih 500,000 kali tontonan dan lebih 26,000 tanda suka daripada warganet sejak semalam.

Menceritakan kembali, “hadiah” iPhone tersebut sebenarnya sekadar satu gurauan mereka bertiga dan bukannya betul-betul.

Ain menjelasnya, Muna sebenarnya tertinggal kotak telefon miliknya di dalam kereta dan bagi memulangkan kembali, Ain meletakkan iPhone milik Muna sekadar sebagai satu gurauan ia hadiah daripada mereka.

“Kami sekadar bergurau dan ia hanya lakonan,” ujar Ain.

Baca artikel berkaitan: Selamba pikul kayu balak berkaki ayam, ‘Badang’ moden ini buat netizen tergamam

@mieya.ain

Reply to @enamdnoor nah part 2 ! Ramai sangat request kan 😘

♬ original sound – Mieya Yaya

Dalam video tersebut, Ain dan Izzati tidak dapat menahan ketawa ekoran lakonan sahabatnya, Muna yang seoalah-olah terkejut dan terharu dengan pemberian itu.

“Disebabkan itulah saya tidak dapat tahan dengan karenahnya dan saya tak dapat tahan ketawa dalam video itu. Kalau buat kejutan tak ada nak gelak-gelak macam dalam video itu,” jelas Ain.

Rata-rata warganet memuji serta mendoakan persahabatan mereka yang sudah terjalin sejak tujuh tahun yang lalu kekal sampai bila-bila.

“Semoga allah pelihara silaturrahim korang,” komen @izafra20cents

“Semoga kekal persahabatan akak,”ujar @leyla96.

“Semoga kekal persahabatan kalian.” tulis @wanhadira.

Tambah Ain, mereka bertiga sudah mengenali antara satu sama lain sejak tahun 2015 dan perkenalan mereka bermula di tempat kerja, Majlis Sukan Negeri Terengganu.

“Kami selalu bersama, boleh dikatakan setiap malam kami keluar bersama, main badminton bawa anak-anak dan suami,” kongsi Ain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram