“Doakan saya terus istiqamah dalami ilmu agama”- Aliff Aziz

Dari Penulis

PELAKON dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz berkata dia mengakui kesilapan dirinya dahulu apabila tidak merasakan kepuasan dan kurang mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Katanya, dia kembali tersedar dan insaf betapa Allah tidak pernah berhenti memberi kepada umatnya yang sentiasa berdoa dan mensyukuri nikmat yang diberikan.

“Sekarang saya banyak belajar erti mensyukuri apa saja nikmat diberikan Allah. Walaupun saya sendiri merasakan memang tidak layak memperolehnya di atas apa yang pernah dilakukan dahulu.

“Maha baik Allah kepada saya amat tidak disangka. Pelbagai rezeki masih diberi-Nya kepada saya yang harus disyukuri. Sifat Allah yang penyayang ini membuat saya malu kerana berasa tidak layak menerimanya,โ€ kata suami pelakon Bella Astillah

Tambahnya lagi, antara nikmat kasih sayang Allah yang disyukuri olehnya ialah ibu bapa, isteri dan anak-anak.

“Kalau saya kenangkan betul-betul, banyak nikmat kasih sayang Allah berikan kepada saya antaranya rezeki ibu bapa memperoleh kesihatan yang baik, begitu juga dengan anak-anak dan dikurniakan seorang isteri yang penyayang. Jadi, saya harus sangat bersyukur di atas semua ini,” ulasnya memetik laporan Harian Metro.

Aliff turut menerima sokongan positif daripada keluarga serta rakan-rakan dan dia turut mengharapkan orang ramai mendoakan agar terus kekal istiqamah dalam melakukan kebaikan.

“Saya mohon doakan saya terus istiqamah kerana perkara ini (istiqamah) adalah paling mahal dan susah untuk diperoleh oleh seseorang. Tapi, insya-Allah pengorbanan mendekati agama dan Allah akan membantu saya,” katanya.

Ujar Aliff lagi, dia kini sentiasa bersama rakan-rakan yang mampu mendorongnya ke arah kebaikan dan mahu memberi tumpuan untuk memperbaiki diri sendiri serta keluarga.

โ€œJadi, kita belajar-belajarlah dan saya pun masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dan belajar lagi. Cuma, sekarang saya belajar menjaga lingkungan iaitu kawan-kawan di sekeliling,” ujar penyanyi hit Sayang Sayang itu lagi.

Aliff turut memberi nasihat untuk tidak mudah menilai seseorang yang pernah membuat kesilapan buruk kerana kita tidak akan tahu bagaimana pengakhiran kehidupannya.

Sebelum ini, Aliff dilihat bersama-sama rakan artis lain seperti Nabil Ahmad, Faizal Ismail, Saharul Ridzwan dan ramai lagi mendalami ilmu agama secara lebih mendalam dengan menyertai kumpulan tabligh.


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layariย utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diย TikTok,ย Facebook,ย Twitter,ย Instagramย &ย Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This