POLIS membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor mendera bekas isterinya.

“Ya, saya sahkan kita ada terima laporan kes itu yang akan disiasat mengikut seksyen berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” ujar Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor kepada BH Online hari ini.

Beberapa media sebelum ini melaporkan bekas isteri ahli politik daripada Parti Amanah Negara (Amanah) itu membuat laporan polis dan mendakwa didera ADUN berkenaan pada 21 Ogos lalu.

Difahamkan, pasangan itu memfailkan kes perceraian di Mahkamah Syariah Daerah Kuala Langat baru-baru ini.

Wanita mangsa dera itu dipercayai isteri ketiga ADUN itu yang sebelum itu dikatakan sudah menceraikan isteri pertama dan kedua ketika perkahwinan mereka.

Dia mendakwa bekas suaminya itu mahu berkahwin semula dengan bekas isteri kedua namun tidak mendapat persetujuannya menyebabkan perkahwinan mereka mula goyah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram