BERTERASKAN enam tunjang utama, berpacukan 11 strategi dan berlandaskan 74 pendekatan, Perikatan Nasional (PN) berikrar membawa perubahan besar menerusi manifestonya kepada pentadbiran negeri Melaka.
Dengan tema ‘Melaka Bangkit Gemilang’, tawaran inklusif dan menyeluruh ‘disajikan’ PN kepada seluruh rakyat Melaka bagi memastikan tiada golongan yang dipinggirkan daripada manfaat.
Mengambil ayat diucapkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu perasmian Ikrar PN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Ahad lalu, segala janji yang ditawarkan bukan omong kosong mahu pun janji bulan dan bintang.
Menurut Muhyiddin, ikrar berkenaan merupakan komitmen bahawa kerajaan negeri yang bakal dibentuk nanti adalah berteraskan suara rakyat yang mahu melihat Melaka Bangkit Gemilang.

Bagi memastikan tawaran Ikrar PN untuk Melaka itu dipenuhi, Muhyiddin turut memaklumkan sebuah Jawatankuasa Khas Pemantau Pelaksanaan akan ditubuhkan dan dianggotai anak jati negeri itu daripada golongan profesional dan berpengalaman.
“Ini adalah manifestasi kesungguhan PN untuk memastikan ikrar yang dibuat untuk rakyat di negeri Melaka ini akan direalisasikan menerusi satu daya usaha yang gigih dan telus.
“Pentadbiran kita akan bertunjangkan nilai integriti dan ketelusan bagi memastikan kepentingan serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi nadi dan keutamaan pentadbiran negeri,” katanya ketika majlis pelancaran itu.
Baca artikel berkaitan: Peluang rakyat Melaka wujudkan kepemimpinan berintegriti, prihatin – Muhyiddin


Tumpuan kerajaan baharu PN Melaka akan berpaksikan enam tunjang berikut:
TUNJANG 1: KEUTUHAN EKONOMI
- Strategi 1 – Melonjakkan pertumbuhan industri strategik dan berimpak tinggi
- Strategi 2 – Menyediakan peluang pekerjaan berkualiti serta berpendapatan tinggi dalam semua sektor ekonomi

TUNJANG 2: KEPRIHATINAN KEPADA RAKYAT
- Strategi 1 – Mewujudkan persekitaran masyarakat sejahtera
- Strategi 2 – Memperkukuh pendidikan bagi memenuhi keperluan bakat masa hadapan
- Strategi 3 – Memperkasa peranan belia dalam pembangunan negeri
- Strategi 4 – Meningkatkan penyertaan wanita dalam sektor ekonomi dan melindungi kebajikan wanita
- Strategi 5 – Meringankan impak pasca COVID-19
TUNJANG 3: KERANCAKAN SEKTOR PELANCONGAN
- Strategi 1 – Merancakkan semula industri pelancongan Melaka
TUNJANG 4: KELESTARIAN ALAM SEKITAR
- Strategi 1 – Penekanan terhadap kelestarian alam sekitar dalam pembangunan negeri
TUNJANG 5: KECEKAPAN INFRASTRUKTUR
- Strategi 1 – Memperkukuh penyediaan infrastruktur untuk rakyat
TUNJANG 6: KETEGUHAN DAN KEJUJURAN PENTADBIRAN
- Strategi 1 – Memperkasa perkhidmatan awam kerajaan negeri dan memperteguh kepercayaan rakyat
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

