Modul dalam pelaksanaan rangkaian 5G akan diperinci Menteri Kewangan esok – Annuar

Dari Penulis

MODUL yang bakal digunakan kerajaan dalam melaksanakan rangkaian 5G akan diperincikan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, esok.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengakui ketika ini sememangnya timbul perdebatan dalam memilih untuk menggunakan rangkaian yang lebih baik iaitu sama ada konsep multi system iaiturangkaian 5G dikendali pelbagai syarikat telekomunikasi atau single wholesale network system yang hanya melibatkan syarikat tunggal.

Katanya kerajaan sedar bahawa konsep penyedia tunggal yang dirancang digunakan mempunyai sejarah kegagalan di beberapa negara lain seperti Mexico.

“Kajian dah dibuat tentang punca-punca kegagalan dan setakat maklumat kita peroleh, asas dan latar belakang masalah adalah sangat berbeza sekali dan model single wholesale network adalah tidak sama dengan apa dirancang untuk digunakan melalui DNB (Digital Nasional Berhad).

“Walaupun demikian Menteri Kewangan akan buat penghuraian lebih terperinci berhubung DNB, kerana DNB adalah sebuah syarikat bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan, sementara kementerian mengawal selia sudut pembahagian spektrum serta pelaksanaan perkhidmatan kemudian nanti,” katanya.

Annuar berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) ketika mencelah mempersoal sama ada negara bersedia menghadapi masalah serupa dihadapi beberapa negara yang mengguna pakai konsep syarikat tunggal sehingga jatuh bankrap dan ada juga menurutnya yang mempertimbangkan konsep sama, namun akhirnya ketepikan.

Menjawab celahan Khalid Samad (PH-Shah Alam) yang mahu tahu sekiranya kerajaan yakin modul single wholesale network system akan dapat melaksanakan rangkaian 5G dengan lebih cepat berbanding multi system, Annuar berkata perkara ini telah diberi jaminan oleh DNB sendiri.

Baca: KKMM lancar rangkaian 5G Malaysia pertama esok

Perkhidmatan 5G kepada rakyat tidak akan membebankan

“Itu DNB beri jaminan dan kerajaan telah menetapkan garis masa dalam tempoh tiga tahun menjelang tahun depan dengan 36 peratus liputan dan selepas mencapai 80 peratus sebelum 2024. Garis masa ini yang dimandatkan kepada DNB untuk dilaksanakan,” katanya.

Mengenai penetapan harga yang akan dikenakan bagi penggunaan rangkaian 5G itu kelak, Annuar berkata sehingga kini rundingan masih berjalan dan belum ada sebarang keputusan muktamad mengenainya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun...

More Articles Like This