Liputan 5G di Kelantan capai 67 peratus – Teo

Dari Penulis

LIPUTAN perkhidmatan rangkaian 5G di Kelantan telah mencapai 67 peratus di kawasan berpenduduk, meliputi 232 stesen yang siap dibina setakat tahun lepas.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pihaknya berhasrat untuk memperluaskan lagi rangkaian internet 5G ini di Kelantan supaya rakyat dapat melakukan urusan harian dan sebagainya dengan lebih baik.

“Selain itu 152 menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah siap dibina dan memberi manfaat lebih 1.89 juta penduduk di Kelantan,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan dalam temu bual khas selama 30 minit menerusi segmen ‘Kecek Kiro Kito’ di KELANTANfm hari ini.

Teo berkata Kelantan setakat ini mempunyai 75 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), dan beliau menjangka empat lagi pusat berkenaan siap sepenuhnya dan dapat beroperasi tahun ini.

Baca artikel lain: RUU PSB dorong pembangunan bandar lebih terancang – Planmalaysia

NADI merupakan projek kerajaan yang digerakkan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan matlamat merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat luar bandar dan bandar.

Sebelum ini Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata liputan rangkaian 5G di seluruh negara mencapai 82.4 peratus di kawasan berpenduduk setakat Disember 2024, menjadikan Malaysia antara negara terpantas di dunia yang memperluas akses komunikasi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This