Zahid tepis spekulasi Sulaiman hanya Ketua Menteri sementara

Dari Penulis

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan kononnya Datuk Seri Sulaiman Md Ali hanya akan menjadi Ketua Menteri Melaka sementara sekiranya gabungan parti itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Dalam catatan di Facebook, Presiden UMNO itu meminta pengundi agar tidak termakan dan terpengaruh dengan fitnah yang dilontarkan pihak tertentu.

“Kepada pengundi dan rakyat Melaka, jangan dengar! Jangan termakan dengan fitnah.

“Mana ada ketua menteri sementara sementara, ini bukan cerita main-main! Ini bukan cerita ketua kampung setengah penggal,” kata Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Dalam hantaran itu, Ahmad Zahid memuat naik klip rakaman video timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengulas dakwaan tersebut.

Kata Mohamad, semua itu adalah fitnah yang direka bagi melemahkan BN.

Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan memperkatakan sesuatu kepada Datuk Seri Sulaiman Md Ali selepas mengadakan sidang media serta mengumumkan senarai calon wakil Rakyat Barisan Nasioanl yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka di Menara Dato Onn baru0baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sulaiman dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya BN diberi mandat untuk membentuk kerajaan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Baca: Sulaiman fokus dekati, tarik pengundi kelabu

Kestabilan Demi Kemakmuran tema manifesto BN, Sulaiman calon KM

Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya BN ketika mengumumkan perkara itu berkata, Sulaiman dilihat sebagai pemimpin yang disenangi rakyat Melaka selain bebas daripada sebarang isu.

Pakatan Harapan (PH) pula menamakan Adly Zahari yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil manakala Perikatan Nasional (PN) belum menamakan sesiapa bagi jawatan berkenaan.

Baca: PN akan umum calon KM Melaka sebelum hari pengundian – Muhyiddin

Sulaiman, yang juga penyandang di kerusi DUN Lendu ditentang Mejar (B) Abdullah Mahadi daripada (PN) dan Mohamad Asri Ibrahim (PH).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This