Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 terus rancak dengan 91,480 menerimanya semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 91,480 individu menerima dos penggalak vaksin COVID-19 semalam.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, keseluruhannya sebanyak 117,736 dos vaksin diberikan semalam.

Selain dos penggalak, jumlah itu turut merangkumi 20,013 suntikan dos lengkap dan 6,243 menerima dos pertama.

Sementara itu, seramai 22.35 juta individu atau 95.5 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Sejumlah 22.89 juta individu atau 97.8 peratus bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Baca: Hampir 2 juta rakyat Austria belum vaksin dikenakan perintah berkurung

Bagi populasi remaja, 81.4 peratus atau 2,563,344 individu telah lengkap vaksinasi manakala 87.2 peratus atau 2,745,553 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51.59 juta.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu yang merupakan program vaksinasi terbesar dalam sejarah negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram