Jumpa bayi dalam semak, pelajar perempuan tingkatan empat ditahan

Dari Penulis

POLIS hari ini telah menahan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, berhubung penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah sewa di Jalan Mission di sini pada 9 pagi semalam.

Remaja yang merupakan pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini, ditahan pada kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Song, DSP Rowney Michael Jalak berkata remaja itu yang merupakan adik kepada lelaki berusia 34 tahun yang membuat laporan polis, mengenai penemuan bayi itu.

“Hasil siasatan pihak kami, remaja perempuan itu yang merupakan adik kepada pengadu akhirnya mengaku bahawa dia adalah ibu yang melahirkan bayi lelaki tersebut.

“Remaja itu tidak mengaku pada awalnya kerana takut kepada keluarganya,” katanya kepada Bernama petang hari ini.

Rowney memberitahu, remaja itu tidak direman tetapi sebaliknya diletak di bawah jaminan polis kerana masih berada dalam keadaan lemah selepas melahirkan bayi lelaki seberat 2.5 kilogram dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Kapit.

Polis kini sedang menjejaki pasangan remaja perempuan itu yang berusia antara 15 hingga 16 tahun, yang merupakan kenalan sekolah suspek di sebuah sekolah menengah di sini.

Remaja lelaki itu tinggal di sebuah rumah panjang di Ulu Sungai Manap, Song yang hanya boleh dihubungi melalui sungai dan berjalan kaki.

Pagi semalam, remaja perempuan itu telah memaklumkan kepada abangnya bahawa dia terdengar suara bayi dari semak di belakang rumah mereka.

Setelah menemui bayi lelaki yang cukup sifat tanpa pakaian dan masih berdarah di tali pusat, abang remaja itu kemudiannya membuat laporan polis.

Bayi itu lelaki itu telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Song bagi menjalani rawatan.- BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Rebat RM200 beli penyaman udara, peti sejuk cekap tenaga menerusi NUR@PETRA bermula Julai

PENGGUNA boleh menikmati rebat sebanyak RM200 bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga menerusi pelaksanaan program Nikmat...

More Articles Like This