Sedapnya talam suji ni. Sesuai dijadikan sajian sarapan atau minum petang keluarga. Cara membuatnya mudah dan tidak renyah. Bahan-bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN LAPISAN BAWAH
220 gm tepung suji
20 gm tepung jagung
100 gm gula
100 ml santan
850 ml air
2 biji telur
1 sudu kecil garam
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning

BAHAN LAPISAN ATAS
270 gm tepung beras
25 gm tepung ubi
20 gm tepung gandum
20 gm gula
1½ sudu kecil garam
700 ml air
250 ml santan
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna hijau

CARA
1.LAPISAN BAWAH : Satukan tepung suji bersama gula dan air di dalam periuk. Sebatikan. Biarkan seketika selama lebih kurang 30 minit. Ketepikan.
2.Pukul telur dan santan, kemudian tapiskan ke dalam adunan tepung suji.
3.Masukkan esen vanila, pewarna kuning dan diikuti dengan tepung jagung serta garam. Kacau perlahan-lahan di atas api sehingga adunan sebati dan separuh masak.
4.Apabila adunan likat, tuangkan ke dalam loyang. Kukus sehingga kembang selama lebih kurang 10 minit. Ketepikan.
5.LAPISAN ATAS : Satukan ke semua bahan lapisan atas dan tapiskan ke dalam periuk.
6.Kacau di atas api sehingga separuh masak. Kemudian tuangkan adunan ini di atas lapisan bawah tadi. Kukus sehingga masak lebih kurang 20 minit.

Resipi : Zaleha Merican Yahaya – Sri Talamaz Enterprise

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram