Juadah talam suji antara variasi talam yang sangat popular. Tidak menggunakan banyak bahan, ia amat mudah dan ringkas untuk disediakan. Jom ikuti resipi yang sedap dan lazat ini.

BAHAN LAPISAN A:
200 gm tepung suji
220 gm gula
1/2 sudu kecil garam
600 ml air
300 ml santan
1/4 sudu kecil pewarna kuning

BAHAN LAPISAN B:
200 gm gula merah
50 gm gula
500 ml air
150 gm tepung gandum
250 ml santan
4 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil perisa vanila

CARA MENYEDIAKAN:
1.Untuk lapisan pertama, satukan bahan A dan kemudian kacau sebati.
2.Tapis adunan tadi dan kacau dengan api sederhana selama 10 minit. Kemudian masukkan ke dalam acuan dan kukus selama 30 minit.
3.Untuk lapisan kedua, masukkan bahan B ke dalam mangkuk kemudian kacau sebati. Anda juga boleh masukkan adunan dalam pengisar dan kisar sebati.
4.Kemudian tuangkan ke dalam periuk. Kacau di atas api selama 10 minit.
5.Setelah lapisan pertama yang dikukus tadi masak, gariskan dengan garpu permukaannya dan tuangkan lapisan adunan kedua pula. Kukus semula selama 30 minit.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Port makanan salai sedap berhampiran Putrajaya, Bangi & Kajang #makanlokal #malaysianfoodie #myfoodie #foodiemy #portmakansedap #dagingsalaimasaklemakciliapi #fyp ♬ SWIPE – ALYPH

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram