Saranan segerakan PRU-15 untuk kembalikan mandat rakyat – Tok Mat

Dari Penulis

SARANAN supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disegerakan  bukanlah untuk kepentingan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang baru sahaja memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebaliknya bagi memastikan kerajaan yang dibentuk mendapat mandat rakyat.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini sekali gus bagi memberikan keyakinan kepada banyak pihak termasuk pelabur asing bersandarkan kepada kestabilan kerajaan dan politik semasa.

“Janganlah pula anggap bila saya kata buat PRU sebab kita baru menang pilihan raya (Melaka), tapi ini sebab kita nak pulangkan mandat kepada rakyat. Demokrasi ialah mandat rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 peringkat Negeri Sembilan di Seremban malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan petang tadi bahawa PAS tidak akan mengambil sikap tergopoh-gapah meminta supaya PRU15 diadakan segera selain menyatakan PRU15 ditentukan Jemaah Kabinet dan bukannya parti politik.

Semalam, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Rantau itu dilaporkan berkata wajar PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This