HUJAN lebat menyebabkan tanah runtuh dan pokok tumbang di Cameron Highlands. - Gambar https://twitter.com/taufikmohdnooor/

SEORANG lelaki cedera manakala tiga rakannya terselamat selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang akibat tanah runtuh di Tanah Rata, Cameron Highlands hari ini.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Shahrul Nizam Nasir berkata, kejadian pada petang tadi itu menyebabkan lelaki yang merupakan penumpang kenderaan itu mengalami pendarahan hidung.

“Lelaki yang cedera itu dan seorang rakannya dikeluarkan daripada kenderaan terbabit oleh pihak bomba manakala dua lagi lelaki lain dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan.

Shahrul Nizam berkata, hujan lebat yang berlarutan hampir dua jam di pusat peranginan tanah tinggi itu menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa kawasan di sekitar Tanah Rata dan Ringlet.

Beliau berkata, kawasan terjejas di Rata Tanah melibatkan Big Red Strawberry, Strawberry Park, laluan Ladang Teh Boh Sungai Palas serta laluan ke Water Cress Valley dan Rose Valley.

“Kejadian menyebabkan laluan kenderaan terhalang namun tidak melibatkan nyawa dan harta benda,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata, kawasan terjejas di Ringlet pula melibatkan Taman MCA, Taman Pelangi serta Batu 20, Jalan Tapah dan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian sedang dijalankan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!

Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram