Murtabak mini inti daging ini Selain sesuai untuk hidangan minum petang. Penyediaannya cukup ringkas dan mudah. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN
6 keping kulit popia

BAHAN INTI
2 biji telur
1 labu bawang besar- hiris
100 gm daging – hiris halus
3 tangkai daun sup
3 tangkai daun bawang
2 tangkai cili merah
Sedikit garam
Sedikit minyak masak

CARA MENYEDIAKAN

  1. Daging cincang dipanaskan dengan sedikit air di dalam kuali leper. Masak hingga kering airnya. Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan daging di dalam mangkuk dan pecahkan telur.
  3. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan cili cincang, gaulkan sebati.
  4. Masukkan pula, hirisan daun sup dan daun bawang.
  5. Sebatikan ke semua adunan dan masukkan garam secukup rasa.
  6. Ambil satu keping kulit popia, letakkan sedikit bancuhan murtabak di atasnya.

Resipi: Marhaini Mohmad Ashaari


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram