Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan edar 4 kg ganja. GAMBAR: Abd Razak Aid

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan tiga lelaki termasuk seorang cucu kepada seniman legenda  Allahyarham Tan Sri P Ramlee daripada pertuduhan mengedar lebih empat kilogram dadah jenis ganja.

Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.

Cucu P Ramlee iaitu Zakaria Nasir Nasir, 30,  Mohd Faizul Zulkipli, 37, dan Mohammad Saifuddin Darmawan, 34 telah didakwa di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketiga-tiga mereka didakwa secara bersama mengedar ganja seberat 4,678.5 gram di sebuah kediaman  di Puchong pada pukul 3.50 petang, 15 Jan 2018.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Zakaria Nasir diwakili peguam Latheefa Koya dan  Zaid Malek, Mohd Faizul diwakili Rajpal Singh dan Phan Yantong Nur Sarah  manakala  Mohammad Saifuddin diwakili Dir Kheizwan Ab Halim @ Kamaruddin. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram