“Dua minggu ‘benda’ itu menumpang dalam badan saya,”- Fizz Fairuz kongsi terkena gangguan mistik

Dari Penulis

PELAKON Datuk Fizz Fairuz, menjelaskan keadaan dirinya yang kurang sihat sejurus pulang dari penggambaran di Gopeng, Perak beberapa bulan lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Fizz, 42, mendakwa bahawa perkara mistik yang berlaku kepadanya telah menjejaskan tahap kesihatan dan keharmonian bersama isteri, Datin Almy Nadia dan anak-anaknya.

“Saya menjalani penggambaran di Sahom, Gopeng yang terkenal sebagai ‘tempat’ keberadaan benda-benda halus. Saya tiba di situ selepas Asar dan terus ke lokasi penggambaran yang berada di perkampungan Orang Asli.

“Saya tiba di lokasi sekitar 5 hingga 10 minit saja, namun sudah rasa seram sejuk. Ketika itu saya bersama seorang ustaz, yang baru saja mengubatkan Nazim Othman. Selepas tiga hari penggambaran saya terus pulang Kuala Lumpur,” ujar pelakon drama Kamar Kamariah ini.

Tambah Fizz, dia turun menjalani ujian saringan Covid-19 oleh kerana ditimpa demam sehingga dada terasa seakan dihimpit.

“Apabila tiba di rumah, saya demam tak kebah dan dada rasa seperti ditekan. Namun, apabila menjalani ujian saringan kesihatan Covid-19, mujur saya negatif. Cuma, saya tak boleh makan selama dua minggu kerana pasti muntah.

Fizz yang ditemui ketika hadir pada majlis sidang media Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) di Hotel Roya Chulan, Damansara turut berkongsi keadaanya ketika itu yang sedikit dingin terhadap keluarga oleh kerana ada makhluk yang menumpang di dalam badan.

“Selain itu, saya juga panas dengan isteri sendiri, tak bermain dengan anak-anak dan banyak termenung. Selama dua minggu ‘benda’ itu menumpang dalam badan saya dan akhirnya saya menghubungi doktor meminta nasihat. 

“Dalam tempoh berkenaan, dua kali juga saya masuk wad dan membuatkan saya bertanya kepada seorang ustaz. Menurutnya, saya patut membersihkan diri terlebih dulu sebelum pulang ke ibu kota. Biasalah kita ke tempat yang ‘keras’,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon Almy Nadia turut berkongsi berita keadaan Fizz yang menerima rawatan di hospital akibat penyakit angin gastrik.

Menurut Almy, jadual pemakanan suaminya terganggu hampir dua minggu akibat asid dalam bahagian perutnya meningkat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This