Holla bantu selebriti ‘Menjadi Digital,’ melibatkan diri dalam acara syarikat

Dari Penulis

PLATFORM keterlibatan selebriti No.1 Malaysia, Holla menganjurkan acara industri perdananya bertajuk ‘Bagaimana Selebriti Menjadi Digital’ semalam dan juga melancarkan beberapa ciri baru dalam aplikasi tersebut yang turut melibatkan syarikat perniagaan.

“Matlamat kami adalah untuk menjadi platform utama bagi selebriti yang ingin menyertai dunia digital dengan membina ikatan bermakna bersama dengan peminat mereka,” kata Penerbit Eksekutif Holla, Jonathan Seevaratnam pada majlis pelancaran beberapa ciri baharu dalam aplikasi Holla seperti Shoutouts, Hangouts dan Holla untuk Perniagaan.

Menurutnya, Holla berhasrat untuk menjadi platform pilihan untuk menghubungkan peminat selebriti dan alat pemberian hadiah digital yang terkenal di rantau ini.

Melalui aplikasi itu, peminat berpeluang menjadikan selebriti kegemaran mereka sebagai sebahagian daripada penganjuran sebarang majlis bermakna seperti sambutan hari lahir, ulang tahun perkahwinan atau tamat pengajian – sehingga kepada penganjuran majlis remeh seperti acara menceriakan rakan (pick-me-up) atau gurauan tidak dijangka (prank).

Dengan pengumuman ciri-ciri terbaru itu juga, Hola memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapatkan keterlibatan selebriti dalam penganjuran acara-acara mereka dengan lebih mudah.

Jumlah selebriti tersenarai di dalam Holla juga semakin meningkat dengan penyertaan selebriti dari Universal Music Group dan Tik Tok, termasuk Diana Danielle, Alvin Chong, Insomniaks, Meer Nash, Astrologer Wooby Gan dan kumpulan DOLLA yang iklan mereka terpapar di Times Square, New York, baru-baru ini.

Mengulas mengenai kerjasamanya dengan Holla, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata: “Kami yakin Holla sebagai platform digital dapat membantu selebriti kami bersama-sama peminat mereka, terutamanya dalam situasi pandemik ini.”

Holla untuk Perniagaan yang baru dilancarkan itu juga akan membolehkan PKS dan syarikat melibatkan selebriti Holla dalam strategi perniagaan dalam meningkatkan publisiti dan juga mengadakan kerjasama lain seperti membina jenama mereka bersama selebriti.

Dalam majlis yang diadakan semalam, Holla turut mengumumkan perkongsiannya dengan penyedia penyelesaian teknologi runcit tempatan Eatcosys Sdn. Bhd. bagi membuka peluang industri PKS runcit mendapatkan penyertaan selebriti sebagai strategi pemasaran dan penjenamaan mereka.

BERITA BERKAITAN Jonathan Seevaratnam sertai Holla, tingkat hubungan selebriti-peminat rantau ini

“Peruncit dan rakan kongsi perniagaan kami akan dapat memanfaatkan rangkaian selebriti dan individu berpengaruh Holla sebagai sebahagian daripada strategi mereka untuk menarik, melibatkan dan berinteraksi dengan sasaran pasaran dengan berkesan, termasuk pelanggan baharu pada harga yang berpatutan,” kata Pengarah Eksekutif Eatcosys, Khalid Gibran.

Melalui perkongsian tersebut, rangkaian 15,000 peruncit Eatcosys akan dapat menempah selebriti tempatan dan antarabangsa terkemuka untuk menyertai majlis publisiti atau Shoutouts mereka, termasuk ketika mengadakan acara tempahan dan sokongan.

Dalam majlis tersebut, bekas ratu cantik, pelakon dan penyanyi, Datuk Yasmin Yusuff; pelawak baru Gajen Nad dan penyanyi dan penulis lagu tersenarai Billboard, Gerard Singh turut mengadakan sesi perbincangan bagaimana strategi untuk selebriti menyertai dunia digital dalam dunia pasca pandemik.

“Zaman semakin berubah. Jika anda tidak menggunakan digital anda akan tersangkut dalam dunia analog,” kata Yasmin yang merupakan artis generasi 1980-an dan awal 2000-an. “Kami perlu menyesuaikan diri dengan masa dan memanfaatkan alat baharu yang dicipta oleh teknologi untuk faedah kami,” tambahnya.

Orang ramai boleh memindahterima Holla di peranti Android dan iOS atau layari www.getHolla.com.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This