Malaysia benam Kemboja 3-1 dalam perlawanan sulung Piala AFF

Dari Penulis

SKUAD Harimau Malaya bermula cemerlang dalam aksi sulung Kumpulan B Piala AFF, hari ini apabila menewaskan Kemboja 3-1 dalam satu perlawanan yang menarik.

Gol pertama Malaysia diperoleh melalui sepakan penalti oleh Safawi Rasid selepas Akhyar Rashid dijatuhkan dalam kolak penalti oleh pertahanan lawan.

Akhyar terus menjadi duri dalam daging buat pertahanan Kemboja apabila pemain berusia 22 tahuan itu menjaringkan gol kedua pada minit ke-61 apabila dengan bijak memperdaya dua pertahanan lawan sebelum melepaskan percubaan leret.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bishan, Singapura itu, skuad negara bimbingan Tan Cheng Hoe dilihat lebih mengancam sepanjang 45 minit babak pertama apabila kerap kali berjaya mengucar kacirkan benteng pertahanan skuad Angkor Warriors.

Menyedari mampu meraih lebih banyak gol, Cheng Hoe melakukan empat pertukaran dengan memasukkan rangkaian penyerang muda iaitu Luqman Hakim Shamsudin, R Kogileswaran, Shahrel Fikri dan pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia, Arif Aiman Hanafi.

Kogileswaran yang kali terakhir bersama pasukan negara pada 2018 akhirnya meledak gol pertamanya di pentas antarabangsa selepas bijak memanfaatkan hantaran Luqman Hakim di minit 78 untuk membolehkan pasukan negara mendahului 3-0.

Bagaimanapun, menuju dua minit terakhir menyaksikan lawan dihadiahkan sepakan penalti selepas Khairul fahmi Che Mat mengangkat kaki terlalu tinggi dan Sath Rosib yang ditugaskan mengambil sepakan itu mudah menewaskan penjaga gol kebangsaan itu.

Kemenangan pertama itu pastinya menyuntik motivasi skuad negara yang akan meneruskan kempen berdepan Laos di venue sama pada Khamis ini.

Sementara itu, satu lagi perlawanan Kumpulan B menyaksikan juara bertahan, Vietnam memulakan usaha mempertahankan kejuaraan dengan kemenangan 2-0 ke atas Laos.

Penyerang Nguyen Cong Phuong meletakkan Vietnam di hadapan menerusi jaringan pada minit ke-26, sebelum pemain sayap, Phan Van Duc menggandakan kelebihan menerusi tandukan tajam pada minit ke-55.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia kini menduduki tempat teratas kumpulan, mengatasi Vietnam menerusi kelebihan gol.

— UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This