Pencapaian kerajaan boleh diteliti dalam program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia – PM

Dari Penulis

PENCAPAIAN dan kejayaan kesemua kementerian dan kerajaan dapat diteliti oleh rakyat menerusi Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, yang berlangsung selama empat hari sejak Khamis sehingga esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat perlu mengambil peluang itu dengan melihat sendiri program yang disediakan termasuk program Bantuan Aspirasi Kerajaan, pameran peluang kerjaya, kaunter perkhidmatan kerajaan serta pelbagai program yang dibentuk khusus untuk Keluarga Malaysia.

“Saya memahami bahawa rakyat meletakkan harapan yang tinggi terhadap kerajaan ini.

“Pada 24 September, saya telah memuktamadkan Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari yang diukur berdasarkan 50 peratus perkhidmatan teras kementerian, penilaian prestasi menteri (25 peratus) dan persepsi awam (25 peratus) terhadap menteri dan kementerian,” katanya di akaun Facebook rasminya hari ini.

Baca: [VIDEO] Aspirasi Keluarga Malaysia : Pengunjung luah rasa puas hati

Teruja, ini satu sejarah bila PM sendiri sampaikan surat tawaran

Ismail Sabri turut berkata sebagai sebuah keluarga, adalah menjadi tanggungjawab bersama semua pihak untuk tetap bermuafakat dalam apa jua keadaan.

“…Ibarat kata pujangga ‘banyak perkara boleh mengubah kita tetapi kita bermula dan berakhir dengan institusi keluarga’,” katanya.

Pada Khamis, Perdana Menteri ketika merasmikan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dilapor berkata prestasi keseluruhan bagi tempoh 100 hari pentadbiran jemaah menteri mencapai sekitar 90 peratus kejayaan, namun ia bukan alasan untuk mendabik dada.

Sebaliknya beliau berkata, ia menyuntik kesungguhan dan iltizam barisan Kabinet untuk terus bekerja bersama rakyat.

Ismail Sabri berkata pencapaian 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia juga tidak akan terhenti setakat itu, malah akan berterusan melalui pelan jangka sederhana bagi tempoh enam bulan dan sasaran jangka panjang.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This