Singapura beri vaksin COVID-19 pada kanak-kanak bawah 11 tahun

Dari Penulis

SINGAPURA akan memberikan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun pada akhir bulan ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, golongan tersebut akan diberikan vaksin keluaran Pfizer-BioNTech dengan dos berbeza berbanding orang dewasa.

“Vaksinasi buat kumpulan ini akan dimulakan sebaik sahaja kumpulan vaksin baru diterima,” kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan lewat malam tadi seperti dilaporkan portal Berita Harian Singapura.

Selain itu, mereka yang berumur antara 18 dengan 29 tahun yang telah melepasi lima bulan sejak melengkapkan suntikan vaksin utama mereka juga akan dapat menerima suntikan penggalak mulai 14 Disember.

Vaksin Pfizer adalah vaksin COVID-19 pertama yang diluluskan oleh Singapura bagi kegunaan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, berikutan saranan jawatankuasa pakar vaksinasi Covid-19, yang telah diterima oleh pasukan petugas pelbagai kementerian.

Baca: Kes pertama positif COVID-19 VTL Malaysia-Singapura dikesan – KJ

Vaksin sedia ada berkesan lawan Omicron – WHO

Jawatankuasa itu menyatakan manfaat vaksin itu mengatasi risiko yang ditimbulkan kepada kanak-kanak kecil, terutamanya memandangkan penularan dalam masyarakat yang berterusan dan kemunculan varian Omicron.

Ia mengesyorkan kanak-kanak dengan keadaan perubatan kronik yang sederhana hingga teruk harus diberi keutamaan untuk menerima suntikan.

Golongan kanak-kanak itu akan diberi dos lebih rendah – satu pertiga daripada dos yang digunakan kepada mereka yang berumur 12 tahun dan ke atas – dan dua suntikan itu akan dijarakkan sekurang-kurangnya 21 hari, kata MOH.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This