DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY

EMPAT anggota polis disiasat untuk membantu siasatan kes seorang tahanan lelaki Rohingya digelar Long Tiger, yang berjaya melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, kelmarin.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, isu utama dalam kejadian itu adalah kecuaian.

Beliau berkata, empat anggota polis itu disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan (KK), iaitu penjawat awam dengan cuai menyebabkan orang tahanan lari.

“Polis sudah membuka IP (kertas siasatan) untuk empat anggota itu yang disiasat mengikut Seksyen 223 KK, cuai menyebabkan pembolosan tahanan.

“Kita juga sedang mengambil tindakan susulan. Bukan gantung, bukan tahan kerja,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau mengulas mengenai Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 33, yang diburu polis selepas melarikan diri ketika ditempatkan dalam lokap Mahkamah Majistret Tangkak.

Ditanya adakah suspek masih berada di Johor, beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa suspek kini berada di Melaka.

“Long Tiger dari Penjara Sungai Udang. Dibawa untuk tuduhan di Mahkamah Majistret Tangkak. Memang Tangkak dan Melaka bersempadan.

“Itu yang Long Tiger kemungkinan lari ke Melaka…kemungkinan. Sebab itu Ketua Polis Melaka juga sudah buat kenyataan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram