Sebelum teori tanah yang bergetar ditemui saintis, ia sudah tercatat dalam al-Quran

Dari Penulis

PADA tahun 1827, seorang saintis Inggeris yang dikenali sebagai Dr. Brown dalam penyelidikannya telah menemui satu fakta bahawa air hujan akan menyebabkan perubahan berlaku pada tanah. Titisan-titisan hujan ini akan mewujudkan getaran serta menyebabkan molekul tanah bergoncang.

Tanah mengandungi pelbagai molekul yang terdiri daripada  bijih-bijih oksida yang mampat antara satu sama lain. Ketika hujan turun, pergeseran bijih-bijih ini akan mewujudkan arus elektrik kerana ia mungkin terdiri daripada jenis-jenis mineral yang berbeza.

Jelas Dr. Brown, ketika hujan membasahi bumi, molekul-molekul ini akan bergegar. Dan apabila titisan hujan menyimbah tanah dari arah yang berbeza, gegaran dan goncangan molekul-molekul ion yang asalnya mampat akan merenggangkan jarak bijih-bijih. Liang-liang yang terbentuk di antara mineral tersebut akan menyerap air hujan dan mengumpul air pada satu lapisan tertentu.

Dengan kata lain, molekul-molekul ini akan bertindak sebagai agen pengumpul mineral dan air di dalam tanah. Tumbuhan pula akan menyerap sumber air dan mineral ini melalui akar sebagai sumber makanan mereka.

Sekiranya molekul pengumpul ini tidak terbentuk, air akan terus menyusup ke dalam tanah dan tumbuh-tumbuhan akan mati dalam tempoh seminggu. Proses  itu kata Dr. Brown, berlaku dalam satu aturan yang kompleks dan sangat sistematik.

Penemuan itu telah dilakukan oleh Dr. Brown ketika mana beliau cuba untuk mencari jawapan sebenar bagaimana sumber air boleh terkumpul di dalam tanah. Dan hasil penyelidikan itu telah dikenali oleh komuniti saintis dunia dengan nama Brownian Motion yang diberikan sempena nama Dr. Brown sendiri.

Di sebalik teori yang dikemukakan oleh Dr. Brown, Al-Quran juga sebenarnya turut menyentuh tentang perkara ini. Dalam kalam Allah itu telah menerangkan dengan jelas bagaimana proses pergerakan tanah dan penyerapan air berlaku.

Sepotong ayat dari surah Al-Hajj, ayat 5 sudah cukup untuk menerangkan kesahihan itu. Firman Allah yang bermaksud;

“… Dan kamu melihat bumi kering, kemudian ketika Kami menurunkan air ke atasnya, ia bergetar (ih’tazzat) dan menelannya (warabat), lalu menumbuhkan tumbuhan dari setiap pasangan yang indah…” (Surah Al-Hajj; ayat 5)

Ayat ini bukan sekadar menerangkan pergerakan tanah yang berlaku, tetapi penerangannya merangkumi keseluruhan proses yang dikenali sebagai Brownian Motion itu.

Air hujan mencurah dari ketinggian yang memungkinkannya mencapai tahap kelajuan sehingga 46.8 km/jam. Dengan kelajuan ini ditambah dengan sifat air hujan sebagai cecair, akan menyebabkan hentaman momentum berlaku dengan cukup kuat. Seterusnya, hentaman itu akan membuatkan molekul-molekul tanah bergetar dan bergerak.

Getaran tanah ini bukanlah sesuatu yang dapat dirasakan oleh indera manusia. Tidak seperti gempa bumi, pergerakan molekul ini berlaku sangat halus dalam jangka waktu yang cepat.

Pada tahap kedua, kata kuncinya adalah perkataan ‘warabat’ yang membawa maksud menelan. Dalam ayat ini, Allah mengumpamakan proses penyerapan air itu dengan perkataan ‘menelan’ – seperti air yang ditelan tanah.

Kadar kemampuan tanah untuk ‘menelan’ air ini bergantung kepada partikel tanah itu sendiri. Semakin kecil partikel pembentuk tanah, semakin besar tenaga yang diperlukan oleh air untuk melewati partikel tanah tersebut. Sebagai contoh, tanah berpasir adalah jenis tanah yang paling menyerap air, manakala tanah liat pula adalah karakter tanah yang paling sukar untuk menyerap air.

Pada tahap ketiga pula, Allah menerangkan tentang tumbuhan yang tumbuh di atas tanah, serta menyerap air sumber mineral yang terkandung di dalamnya. Dan, ketiga-tiga tahap ini mempunyai penjelasan yang sama dengan teori Brownian Motion yang dikemukakan oleh Dr. Brown pada tahun 1827.

Ternyata fakta mengenai pergerakan tanah yang disebabkan oleh air hujan ini terlebih dahulu telah diterangkan oleh Al-Quran sejak berabad yang lalu. Ia adalah bukti sahih bahawa ayat Al-Quran itu adalah wahyu yang diturunkan oleh Maha Pencipta.

__________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya bukan main jin!” Tok Dewata bongkar rahsia seni persembahan ‘Main Teri’

Nama Tok Dewata kembali menjadi bualan hangat apabila seni persembahan Main Teri yang melibatkan beliau tular di media sosial.  Namun...

More Articles Like This