‘Ya, itu memang nombor akaun saya’, kata abang Viva viral, tidur di dalam kereta sepanjang berada di Pahang

Dari Penulis

PENGORBANAN abang Viva viral, Azwan Omar, 29 dalam membantu mangsa banjir di Selangor dan Pahang kini menjadi topik hangat sehinggakan ramai yang bermurah hati mahu menghulurkan bantuan kepadanya.

Malah, nombor akaun banknya juga mula tular di media sosial setelah Azwan memuat naik pada satu hantaran di Facebook dan meminta orang ramai tidak menghantar pesanan peribadi secara berterusan oleh kerana bimbang bateri telefonnya akan habis.

“Sy atas bot lgi…bila2 bttri (bateri) bleh abis…ni no acc nye.

“7026262946 (cimb), 162357339656 (maybank). Dua-dua atas nama azwan bin omar,” tulisnya,

Azwan yang dihubungi UtusanTV pada petang ini turut mengesahkan bahawa nombor akaun bank yang tular tersebut merupakan miliknya dan bukan orang lain yang mahu mengambil kesempatan.

“Ya betul, itu nombor saya,” jawab ringkas Azwan sebelum meminta izin untuk berehat sebentar selepas membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang.

Baca artikel berkaitan: Abang Viva viral kini di Pahang, titip pesan supaya orang berkemampuan bantu mangsa banjir

Azwan dijulang sebagai wira tidak didendang kerana pertolongan yang dihulurkan bagi membantu warga Selangor ditimpa musibah banjir Sabtu lepas.

Hanya berbekalkan RM50 dalam poketnya dan kereta Perodua Viva untuk membawa sebuah bot, Azwan bergerak dari Melaka menuju ke Shah Alam bagi menghulurkan bantuan.

Semalam Azwan yang berada di Pahang turut menitipkan pesan kepada mereka yang berkemampuan untuk turut sama membantu mangsa banjir, kemudiannya tular di laman TikTok.

“Assalamualaikum semua, macam saya, orang dah kenal saya sebagai Abang Viva, okay macamni saya nak minta bantuan semua yang mana berkemampuan, yang senang-senang yang ada bot ke apa ke untuk sama-sama kita bantu yang susah mangsa-mangsa banjir ni,” ujarnya.

Ditanya mengenai wang yang didermakan kepadanya, Azwan mengatakan kebanyakan digunakan untuk membeli barang-barang keperluan mangsa-mangsa banjir.

“Saya akan akan tanya apa barang mereka perlukan, beli dan hantar kepada mereka,” katanya.

Azwan kini sudah hari ketiga di Temerloh bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang.

“Saya tidur dalam kereta, tak duduk mana-mana hotel,” katanya.

Kisah Azwan kini menjadi bualan rakyat negara ini, dan rata-rata menitipkan doa supaya anak Melaka ini dipermudahkan urusan serta dimurahkan rezeki di atas keikhlasannya membantu mangsa-mangsa banjir.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This