Walaupun sedang bercuti di luar negara, saya tetap hulurkan bantuan – Aliff Syukri tempelak tuduhan liar netizen…

Dari Penulis

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, 34, meluahkan kekecewaan apabila netizen mendakwa dia tidak sensitif dan bercuti ke luar negara saat negara berdepan dengan bencana alam.

Jelas Aliff menerusi Instagramnya, dia sudah merancang percutian di Turki enam bulan sebelum negara dilanda musibah banjir yang telah menjejaskan ramai penduduk di beberapa negeri.

“Kenapa saya dikecam? Dugaan saya bercuti, ramai yang tidak puas hati dan mengutuk saya gara-gara percutian saya di luar negara yang dirancang enam bulan awal sebelum bencana banjir di Malaysia,”katanya.

Tambah Aliff lagi, perniagaannya juga turut mengalami kerugian yang besar ekoran daripada beberapa kemudahan resort miliknya, Sugeh Eco, di Janda Baik rosak dan musnah akibat banjir lumpur.

Biarpun, Aliff berada di luar negara tetapi pekerja di syarikatnya menjadi wakil untuk membeli barang bantuan untuk diberikan kepada mangsa banjir.

“Korang tahu tak? Bisnes saya juga terjejas, resort saya rugi ratusan ribu. Saya tak nak kongsikan apa yang saya buat, apa yang saya bantu nanti korang cakap riak, menunjuk dan sebagainya.

“Setiap bulan, saya menyalurkan puluhan ribu untuk mereka yang dalam kesusahan dan fakir miskin. Pada kali ini pula saya tampil dalam membantu mangsa banjir pula,” luahnya.

Sementara itu, Aliff meminta kepada netizen untuk berhenti mengecam dirinya dan berharap bantuan yang diberikan dapat membantu mangsa banjir yang terjejas.

“Tolong lah, hentikan daripada menghina saya. Saya sudah tua, saya tak nak kontroversi murahan seperti ini. Doakan dengan apa yang saya lakukan ini, boleh membantu anda dan murahkan rezeki saya serta terus menyokong jenama produk saya.

“Semoga dengan bantuan sekecil ini boleh meringankan beban anda. Setibanya saya di Malaysia dan habis tempoh kuarantin, saya akan bantu di lokasi yang memerlukan.

“Kepada anda yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh menerusi di akaun Maybank (562795505542),” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This