ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) telah pun menerima 55 enjin bot baharu jenis Outboard Motors (OBM) bagi menampung penggunaan sedia ada yang digunakan tanpa henti sejak hari pertama bencana banjir melanda.
Kesemua 55 enjin bot baharu itu merupakan pembelian kecemasan seperti diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ahad lalu.
Menurut Hishammuddin, semua enjin bot baharu itu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh ATM bagi meningkatkan keupayaan operasi banjir.
Kata beliau, ia termasuk memindahkan mangsa banjir serta menghantar makanan dan barangan keperluan di kawasan-kawasan banjir yang belum surut.
Pada masa sama, Hishammuddin memaklumkan enjin bot tambahan itu juga mengukuhkan lagi kesiapsiagaan ATM bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir dalam masa terdekat.
“Seperti saya maklum kelmarin, Kementerian Pertahanan telah membuat pembelian kecemasan sebanyak 55 unit OBM.
“Ia bagi menampung penggunaan enjin bot ATM sedia ada yang digunakan tanpa henti sejak hari pertama banjir melanda.
“Kesemua 55 unit enjin bot baharu tersebut telah sampai dan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh ATM,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Banjir: Jumlah mangsa di Selangor turun, empat negeri kekal
Hishammuddin dalam kenyataan, Ahad lalu memaklumkan Kementerian Pertahanan telah berhubung secara terus dengan Kementerian Kewangan bagi membuat pembelian kecemasan sebanyak 55 unit OBM.
“Saya menerima laporan berhubung situasi di mana bot-bot ATM terpaksa digunakan tanpa henti di kawasan-kawasan yang terjejas.
“Susulan itu, Kementerian Pertahanan telah berhubung secara terus dengan pihak Kementerian Kewangan bagi membuat pembelian kecemasan sebanyak 55 unit OBM.
“Alhamdulillah, permohonan ini telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

