DoctorOnCall tawar bantuan perubatan percuma kepada mangsa banjir

Dari Penulis

SEBAGAI salah satu usaha untuk membantu mangsa banjir besar yang melanda negara hujung minggu lepas, platform kesihatan digital pertama dan terbesar di Malaysia, DoctorOnCall mengumumkan inisiatif bantuan perubatan untuk mereka yang terjejas akibat bencana tersebut.

Pengarah dan Pengasas Bersama DoctorOnCall, Hazwan Najib berkata, melalui inisiatif tersebut, DoctorOnCall akan menyediakan perkhidmatan perundingan perubatan secara percuma kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir dan memerlukan rawatan dan penjagaan kesihatan.

“Ubat-ubatan sehingga RM80 juga akan diberikan secara percuma kepada mereka yang layak mengikut preskripsi dan budi bicara doktor,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Dalam banjir besar baru-baru ini, Selangor, Pahang, Kelantan dan Johor merupakan negeri yang paling teruk terjejas dengan kebanyakan jalan utama dinaiki air menyebabkan ramai yang terkandas sementara menunggu air surut dan kemudahan prasarana asas seperti bekalan air dan elektrik kembali pulih.

Mereka juga menghadapi masalah pengangkutan kerana kebanyakan kenderaan rosak teruk selepas dimasuki air dan dianggarkan ia membabitkan sekurang-kurangnya 50,000 kenderaan.

“Keadaan tersebut menyebabkan banyak hospital dan kemudahan perubatan di sekitar kawasan banjir tidak boleh diakses oleh orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan kerana jalan ditenggelami air dan seterusnya menyukarkan mereka untuk mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan dan menjadikannya amat terhad,” kata Hazwan.

Beliau berkata, sebagai tanggung jawab kepada masyarakat, DoctorOnCall sedia membantu dengan menawarkan bantuan kepada mangsa banjir yang memerlukan rawatan perubatan.

BERITA BERKAITAN DoctorOnCall, Kumpulan Qualitas bekerjasama tawar perkhidmatan vaksinasi dos penggalak

“Kami akan menyediakan khidmat perundingan percuma dan rawatan kesihatan primer kepada pesakit dengan memastikan perkhidmatan yang ditawarkan adalah pantas, cekap, teratur dan berkesan. Kami juga akan memberi keutamaan kepada pesakit yang mengetahui mengenai keadaan rawatan perubatan mereka, sukar mengakses hospital dan juga orang kurang upaya.

“Menggunakan platform telekesihatan DoctorOnCall, mangsa banjir akan dapat berunding dengan doktor berdaftar kami secara maya,” tambahnya.

DoctorOnCall juga telah menggerakkan pasukan sukarelawan termasuk doktor dan jururawat di beberapa kawasan yang terjejas untuk menyediakan perkhidmatan sokongan perubatan mudah alih di tapak termasuk ubat-ubatan, ujian untuk COVID-19, denggi dan penyakit lain serta penjagaan luka jika diperlukan oleh mangsa yang dipindahkan.

Untuk perlindungan di kala memerlukan, DoctorOnCall juga menggalakkan rakyat negara ini untuk memohon Merchantrade Insure Life, polisi insurans hayat yang melindungi kematian pemegang insurans daripada sebarang sebab, termasuk COVID-19.

Untuk makluman, jumlah pembayaran polisi juga digandakan kepada RM40,000 sekiranya berlaku penyakit tertentu seperti demam denggi, demam chikungunya, malaria, Japanese Encephalitis, selesema burung atau virus Zika.

“Apabila air surut, kita boleh menjangkakan penyakit berjangkit berkaitan banjir akan meningkat dan mangsa akan mudah dijangkiti penyakit cirit-birit, keracunan makanan dan malaria. Sesetengah mangsa yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi dan juga masalah jantung juga berpotensi kehilangan banyak rekod perubatan, kad perubatan dan ubat akibat banjir.

“Pada masa-masa seperti inilah polisi insurans yang baik memberikan kita ketenangan fikiran. Melabur dalam insurans hayat komprehensif akan memastikan anda dilindungi sepanjang kecemasan perubatan dan tidak perlu berkompromi dengan kualiti rawatan,” tambahnya.

Pelan Merchantrade Insure Life boleh ditebus menggunakan Baucar Perlindungan Tenang (PTV) RM50 yang membolehkan rakyat Malaysia berumur 18 hingga 60 tahun yang layak iaitu penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapat manfaat daripada perlindungan polisi selama setahun dengan jumlah diinsuranskan sebanyak RM20,000.

PTV adalah penting kerana ia memberi kuasa kepada rakyat, terutamanya mereka yang masih tidak mempunyai perlindungan insurans hayat untuk mengambil langkah melindungi ahli keluarga dari segi kewangan. Matlamatnya adalah untuk menyediakan produk insurans mikro yang mudah dan mampu milik kepada segmen yang tidak diberi perkhidmatan dan kurang diberi perkhidmatan di negara ini.

Rakyat Malaysia yang ingin memohon bantuan perubatan bantuan banjir percuma DoctorOnCall boleh berbuat demikian dengan mengisi borang dalam talian ini yang boleh dicapai di https://www.doctoroncall.com.my/corporate/social-responsibility.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This