Hujan lebat sebabkan Lata Berangin dilanda kepala air, kawasan sekitar banjir

Dari Penulis

MUSIM tengkujuh yang masih belum berakhir di Pantai Timur mendorong hujan lebat dan seterusnya menyebabkan berlaku kepala air di Lata Berangin dekat Kuala Krai hari ini yang videonya menjadi viral.

Rakaman video fenomena kepala air yang melanda penempatan penduduk itu tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi yang menunjukkan kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10.00 pagi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Muhammad Rizwan Ar-rafee Parsimin berkata, kepala air berkenaan terjadi berikutan hujan lebat dan air dari sungai di daerah Gua Musang serta Terengganu yang turun ke lokasi itu yang turut menyebabkan penempatan penduduk di kampung berdekatan dinaiki air.

Katanya, pertembungan itu menyebabkan keadaan air di lokasi itu sangat deras dan dikategorikan sebagai kejadian kepala air yang kecil berikutan tidak membawa kayu atau kayu balak bersama-samanya.

“Kejadian berkenaan menyebabkan beberapa kampung di lokasi itu iaitu perkampungan Lata Berangin dan Mengkebang dinaiki air.

“Setakat ini, penduduk di lokasi itu tidak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana kawasan mereka hanya berlaku banjir kecil sahaja.

“Namun, jika hujan berterusan kemungkinan kampung yang rendah akan dinaiki air. Kami sentiasa membuat pemantauan dan akan memindahkan mangsa dengan segera jika kediaman mereka dinaiki air,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau menasihatkan penduduk supaya bersiap sedia untuk berpindah dengan meletakkan dokumen penting dan barang berharga di tempat yang selamat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This