Majlis Syura Ulama Pas mahu parti Melayu berunding elak pertembungan

Dari Penulis

MAJLIS Syura Ulama Pas menegaskan, perundingan kerusi antara parti-parti Melayu Islam perlu dilaksanakan semaksimanya bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan bagi mendapat kemenangan dengan majoriti besar.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, Muzakarah Majlis Syura Ulama yang bersidang  bersetuju untuk menegaskan kepentingan “Memperkasakan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional” dalam usaha menyatukan kuasa politik umat Islam demi maslahah terbaik buat Islam dan negara.

‘’Semangat Ta’awun Siyaasi dalam MN dan PN juga hendaklah sentiasa disuburkan oleh pimpinan dan ahli parti-parti politik Melayu Islam dengan pertemuan bersemuka dan bermusyawarah secara berterusan.

‘’Masing-masing hendaklah sentiasa berlapang dada, saling memaafkan dan mengelak dari menjadikan media terbuka termasuk media sosial sebagai medium perantaraan bagi menyelesaikan krisis dan pertikaian,’’ katanya dalam kenyataan malam ini.

Pendirian Majlis Syura Ulama itu menamatkan spekulasi berhubung pendirian Pas berhubung Muafakat Nasional selepas parti tersebut menjadi anggota rasmi Perikatan Nasioanal (PN) yang turut disertai oleh Bersatu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This