Hormati decorum, elak komen bagi pihak UMNO – Shahril Hamdan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEPEMIMPINAN Pas sewajarnya menghormati decorum atau ketertiban dalam hubungan antara parti dengan mengelakkan membuat komen bagi pihak UMNO.

Teguran itu disampaikan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan terhadap kenyataan dibuat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyatakan bahawa majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menyokong penuh kerjasama Muafakat Nasional (MN).

Tanpa mengurangkan hormat kepada Abdul Hadi, Shahril menganggap kenyataan itu sebagai kurang wajar apatah lagi ia dikeluarkan pimpinan parti lain.

Menurut Shahril, keputusan sama ada ahli MKT UMNO menyokong atau tidak adalah rahsia dalaman mesyuarat yang tidak wajar diiklan atau disahkan di luar.

Kata beliau, apa yang penting adalah pendirian dan keputusan parti.

“Seperti mana tidak wajar saya mengajar Pas tentang hal dalaman Pas, saya berharap kepimpinan Pas juga menghormati decorum dalam hubungan antara parti dan mengelak membuat komen bagi pihak UMNO.

“Soal pandangan mana-mana individu yang dibincang atau dibahas dalam mesyuarat, itu soal dalaman organisasi yang tak perlu dispekulasi oleh pihak lain.

“Apatah lagi semua ahli MKT telah bersumpah rahsia sejak awal penggal lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Kalau dah tahu rakyat dalam kesulitan, UMNO tak payahlah kalut nak pilihan raya

Mengulas lanjut, Shahril berkata, UMNO tidak sesekali menolak MN malah pendirian rasmi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 juga menyebut keinginan memperkasa MN.

Cuma, kata beliau, ia perlu diselaraskan dengan suatu lagi pendirian rasmi bahawa UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Maka, apabila Pas bertegas mahu meneruskan jalinan kerjasama pilihan raya bersama Perikatan Nasional (PN), ia meletakkan UMNO dalam keadaan sukar untuk merancakkan MN seperti mana dahulu.

“Meski pun begitu, yang paling penting, UMNO menghormati pendirian Pas dan tidak memaksa Pas melakukan apa yang mereka tidak mahu,” jelas beliau.

Media melaporkan, Abdul Hadi mendedahkan majoriti ahli MKT UMNO menyokong penuh kerjasama MN sekali gus yakin usaha rundingan kerusi mampu dicapai bagi mengelak pertembungan tiga penjuru dalam PRU-15.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This