Sektor logistik, pengangkutan akan terus mantap pada 2022 – Wee Ka Siong

Dari Penulis

SEKTOR logistik dan pengangkutan diyakini akan terus mantap dan berkembang bagi merancakkan pemulihan ekonomi negara tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata kementerian itu bersama semua agensinya komited untuk melakar lebih banyak kejayaan demi manfaat rakyat dan negara.

“Terbaharu, ia dibuktikan apabila Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas memecahkan rekod pengendalian kontena sejak pengoperasian kedua-dua pelabuhan ini,” katanya melalui hantaran di Facebook, hari ini.

pelabuhan
PELABUHAN Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas memecahkan rekod pengendalian kontena sejak beroperasi. – Gambar hiasan

Beliau berkata, Pelabuhan Klang memecahkan rekod jumlah pengendalian kontena sebanyak 13.64 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) setakat 28 Disember lalu.

Kejayaan itu dilakar walaupun berdepan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19, kesan kekurangan kontena, kesesakan pelabuhan dan terkini, cuaca buruk, katanya.

“Bagi tahun 2022 ini, sudah tentu Kerajaan akan merancakkan pemulihan ekonomi dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang telah diumumkan dalam RMK-12 dan Bajet 2022 untuk memastikan ketahanan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai inisiatif bantuan banjir yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam untuk mereka kembali bangkit meneruskan kehidupan selepas kediaman dan harta benda musnah dalam banjir besar baru-baru ini.

“Inilah antara usaha Kerajaan dalam memastikan mangsa banjir terus diberi pembelaan untuk kembali bangkit meneruskan kehidupan. Mudah-mudahan ia membawa sinar baharu untuk tahun 2022 ini,” katanya.

Beliau menyambut baik pengumuman Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk mangsa banjir yang telah dinaikkan dari RM500 kepada RM1,000 setiap Ketua Isi Rumah.

“Begitu juga dengan baucar tunai sebanyak RM500 bagi pembelian barangan elektrik kepada setiap keluarga mangsa banjir bagi menggantikan barangan elektrik yang rosak akibat bencana banjir.

“Kerajaan juga akan menyediakan bantuan tunai sehingga RM5,000 bagi setiap keluarga untuk kerja-kerja pembaikan rumah kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan yang tidak serius.

“Bagi kerosakan serius, kerajaan sendiri akan mengurus baik pulih rumah dengan kos sehingga RM15,000. Manakala, bagi rumah yang musnah dan tidak boleh diduduki, Kerajaan akan membantu sehingga kos RM56,000 setiap unit rumah dibina baru,” katanya.

Ka Sion berkata, baucar tunai sebanyak RM1,000 juga disediakan bagi tujuan pembaikan atau pembelian semua kenderaan yang terkesan termasuk lori, kereta, motosikal dan lain-lain.

Katanya, Kementerian Pengangkutan juga menyokong usaha membantu pemulihan ekonomi negara, selain daripada 21 agensi bawah MOT yang menyelaraskan pasukan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir termasuk kakitangan yang terjejas,

“Bagi tahun 2022 ini, sudah tentu Kerajaan akan merancakkan pemulihan ekonomi dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang telah diumumkan dalam RMK-12 dan Bajet 2022 untuk memastikan ketahanan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This