KUMPULAN Maybank mengumumkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Farid Alias tidak akan memperbaharui kontrak yang bakal tamat pada 1 Ogos depan.
Abdul Farid telah memegang jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank sejak 2 Ogos 2013 menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Maybank dalam kenyataan memaklumkan, Abdul Farid telah memaklumkan kepada Lembaga Pengarah Maybank mengenai hasratnya yang ingin mengikuti minat peribadi selepas berakhir penggal ketiga memegang jawatan tersebut.
“Proses untuk mengenal pasti Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu telah bermula diketuai Lembaga Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd. Isa dalam kenyataan sama memaklumkan, proses semakan dan penilaian secara teliti sedang dijalankan.

Kata beliau, Abdul Farid akan terus menyelia pengurusan dan operasi Maybank bagi memastikan peralihan kepemimpinan berjalan dengan lancar.
Baca artikel berkaitan: Maybank tidak bercadang tutup cawangan
“Lembaga Pengarah kini sedang menjalankan proses semakan dan penilaian secara teliti untuk mengenal pasti pengganti yang sesuai termasuk menilai calon dalaman serta luaran.
“Pelantikan baharu akan diumumkan sebaik sahaja kami memperoleh kelulusan kawal selia yang diperlukan.
“Walaupun kami kecewa kerana Abdul Farid tidak memperbaharui kontraknya, Lembaga Pengarah menghormati keputusannya.
“Bagi pihak Kumpulan Maybank, saya mengucapkan terima kasih atas sumbangan, perkhidmatan dan komitmen luar biasa beliau dalam membina organisasi yang telah mendahului kebanyakan pesaing serantau terutama dalam bidang digital dan kemampanan,” jelas beliau.
Abdul Farid, 53, memulakan kerjaya perbankan di Aseambankers iaitu anak syarikat Kumpulan Maybank pada Januari 1992 sebelum meluaskan pengalaman bersama syarikat-syarikat seperti Schroders, Malaysia International Merchant Bankers, JP Morgan dan Khazanah Nasional Berhad.
Beliau menyertai semula Maybank pada Januari 2009 dan telah memegang beberapa jawatan perniagaan utama seperti Ketua Perniagaan Antarabangsa dan Timbalan Presiden dan Ketua, Perbankan Global sebelum pelantikannya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

