Mohd. Redzuan dilantik Pengerusi Boustead Holdings

Dari Penulis

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof dilantik sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif baharu Boustead Holdings Bhd.

Memetik laporan Bernama, Mohd. Redzuan dilantik bagi mempercepat agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Boustead untuk tahun ini.

Mohd. Redzuan menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang meletakkan jawatan 5 Ogos lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan Boustead, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly berkata, syarikat itu amat berbesar hati atas pelantikan Mohd. Redzuan.

Mohammed Shazalli turut percaya pengalaman luas Mohd. Redzuan dalam bidang korporat dan awam akan mempertingkatkan prestasi Boustead.

“Kami berharap di bawah kepemimpinan Mohd. Redzuan, beliau akan memenuhi matlamat strategik kami selaras dengan strategi Reinventing Boustead untuk mempercepatkan prestasi keseluruhan untuk meningkatkan dan memaksimumkan nilai pemegang saham serta melindungi kepentingan pemegang saham kami terutamanya Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebagai pemegang saham majoriti kami,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Redzuan, 64, telah berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dari 2018 hingga 2020 seterusnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dari 2020 hingga 2021.

Baca artikel berkaitan: Khaled Nordin letak jawatan Pengerusi Boustead

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kejuruteraan Awam dari University of Leeds, United Kingdom (UK) memulakan kerjayanya sebagai jurutera dengan ESSO Malaysia Sdn. Bhd. kemudian berkhidmat di Petronas Carigali Sdn. Bhd.

Ahli Parlimen Alor Gajah itu meneruskan kerjayanya dalam sektor korporat dengan memegang pelbagai jawatan penting termasuk Pengarah Eksekutif Swiber Marine (M) Sdn. Bhd. serta wakil negara untuk Swiber Holdings Ltd., Singapura; Ketua Pegawai Eksekutif Module Tech Sdn. Bhd., Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Gagnar dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Orbtech.

Beliau juga merupakan Pengarah Bukit Fraser Thermal Technologies Sdn. Bhd.; Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gagnar, Marginal Field Solutions Sdn. Bhd. dan Seahorse Platforms Asia Sdn. Bhd.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This