Meraque-Boustead teroka inovasi dron untuk syarikat

Dari Penulis

MERAQUE Services Sdn Bhd (Meraque), sebuah syarikat teknologi dron Malaysia menandatangani Dokumen Persefahaman (DoU) baru-baru ini dengan syarikat pegangan pelaburan tempatan, Boustead Holdings Berhad (Boustead) untuk mengadakan kerjasama dan penglibatan aktif dalam usaha penerokaan teknologi baru, terutamanya dalam industri teknologi dron.

Majlis menandatangani DoU telah diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini yang mana pertukaran dokumen dilakukan antara Ketua Pegawai Eksekutif Meraque, Md Razalee Ismail dan Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Berhad, Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly. Turut hadir Pengerusi Boustead Holdings Berhad, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

DoU yang ditandatangani akan membentuk kerjasama dalam perkhidmatan dan projek berkaitan dron yang berpotensi dengan Meraque yang akan menawarkan kepakaran teknologinya kepada perniagaan Boustead. Dengan memanfaatkan kekuatan kedua-dua pihak melalui akses pasaran dan inovasi teknologi, kerjasama itu akan meningkatkan penawaran penyelesaian dan perkhidmatan untuk pasaran Malaysia.

Perkongsian itu juga akan menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama meneroka secara aktif bagi mengenal pasti potensi penggunaan teknologi dron dan kepakaran dalam bidang berkaitan produk seperti dron dan kenderaan darat tanpa pemandu (UGV), penyelesaian perisian (kecerdasan buatan (AI) & sistem) dan teknologi percubaan dron (drone pilot).

Kerjasama itu juga akan menyaksikan penggunaan persembahan kreatif berdasarkan dron untuk digunakan dalam persembahan keseniaan Kumpulan Boustead, termasuk dalam operasi hotel dan resortnya.

BERITA BERKAITAN Futurise lancar pusat kecemerlangan sukan dron pertama di Malaysia

Melalui Pusat Dron, kedua-dua pihak perlu menggariskan perancangan dengan meneliti sebarang masalah atau potensi penggunaan teknologi dron dalam operasi perniagaan. Mereka kemudiannya akan menyediakan cadangan penyelesaian menggunakan aplikasi teknologi tersebut seperti untuk tujuan penghantaran, peningkatan kecekapan operasi untuk pertanian, hiburan berkaitan dron untuk acara dalaman dan pembuatan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV).

Mohammed Shazalli berkata: “Boustead Holdings teruja bekerjasama dengan Meraque untuk bersama-sama mencipta dan membina keupayaan teknologi dron bagi kegunaan kumpulan syarikat, termasuk dalam salah satu aspirasi kami yang memperjuangkan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sebagai salah satu nilai penting dalam perniagaan.

“Perkongsian ini juga selaras dengan matlamat kami untuk menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui penyediaan produk dan perkhidmatan yang memberikan faedah kepada alam sekitar, sosial dan ekonomi yang menyumbang ke arah pencapaian SDG. 

“Teknologi dron menyediakan banyak faedah yang belum diterokai untuk menyokong matlamat ESG kami seperti mengurangkan pelepasan karbon dioksida [CO2] dengan ketara dan meningkatkan kebolehcapaian kepada produk dan perkhidmatan,” tambahnya.

Md Razalee berkata: “Dron dan teknologi berkaitannya mempunyai banyak potensi yang menarik untuk digunakan dalam pelbagai bidang dan terbukti ia mampu menjadi ‘faktor pengubah’ dalam transformasi industri kerana potensi manfaatnya yang tiada tandingan. 

“Hari ini, aplikasi teknologi dron semakin digunakan secara meluas – daripada pertanian kepada perubatan sehingga logistik – kerana ia mampu memberikan alternatif yang lebih selamat, murah dan cekap. Ini menjadikan teknologi dron sebagai peluang pasaran yang masih belum diterokai sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata, Meraque sangat gembira dapat bekerjasama dengan Boustead untuk meneroka aplikasi daripada teknologi dron yang boleh ditawarkan syarikat itu untuk melengkapi pelbagai perniagaan Kumpulan Boustead dan membuka banyak peluang perniagaan baharu.

Industri teknologi dron telah menyaksikan peningkatan ketara dengan pasaran dron global diramalkan mencapai AS$41.3 bilion pada 2026, menurut  Drone Market Report 2021-2026. Kajian terbaru oleh Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI), ekonomi dron negara pula dijangka menyumbang RM50 bilion kepada KDNK menjelang 2030.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada semua...

More Articles Like This