Boustead namakan Ahmad Nazim Rahman sebagai Pengerusi Eksekutif

Dari Penulis

BOUSTEAD Holdings Bhd (BHB) menamakan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif kumpulan, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman sebagai Pengerusi Eksekutif berkuat kuasa hari ini untuk meneraju penstrukturan semula BHB.

Dalam kenyataan hari ini, BHB berkata Ahmad Nazim yang juga Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dilantik sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif BHB pada 2 Mac 2023.

Berikutan kejayaan pengambilalihan oleh LTAT, pemegang saham tunggal terbesar BHB, saham dagangan BHB akan digantung pada Selasa (20 Jun) sebelum penarikan balik status penyenaraiannya daripada Senarai Rasmi Bursa Securities, selaras dengan perenggan 16.07 Keperluan Penyenaraian, menurut kenyataan itu.

Katanya kumpulan itu akan menjalani proses penstrukturan semula yang komprehensif melalui pelbagai usaha transformatif.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan BHB Izaddeen Daud berkata pelantikan semula ini akan memperkukuh kedudukan kepimpinan kumpulan, memberikan panduan yang lebih strategik dan keyakinan untuk kumpulan itu melakarkan masa depan lebih cerah.

“Penstrukturan semula BHB tepat pada masanya dan penting untuk memastikan kemampanan dan daya tahan kumpulan pada tahun-tahun akan datang. Pelantikan ini membolehkan kami mengoptimumkan portfolio dan memperuntukkan sumber kepada bidang perniagaan yang menawarkan pulangan lebih tinggi, memacu pertumbuhan mampan sambil memaksimumkan pulangan.

“Kami akan melaksanakan penjajaran strategi dengan LTAT dan berusaha ke arah satu tujuan bersama iaitu memastikan kemampanan LTAT sebagai sebuah tabung persaraan,” katanya.

  • – BERNAMA
  • Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
  • Ikuti langkah ini:
  • Langkah 1: Layari utusantv.com
  • Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
  • Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
  • Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
  • Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This