Hati-hati! ‘Scammer’ kini buat panggilan video palsu menyamar pegawai polis

Dari Penulis

POLIS mengesan satu sindiket penipuan dalam talian ‘Macau Scam’ yang disyaki membuat panggilan video palsu menggunakan gambar wajah pegawai polis bagi memaklumkan mangsa terlibat kes pengubahan wang haram dan rasuah.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata anggota sindiket berkenaan akan memperkenalkan diri sebagai pegawai insurans sebelum disambungkan kepada seorang pegawai polis yang menyatakan mangsa terlibat dalam kes terbabit.

Beliau berkata pegawai polis berkenaan membuat panggilan video dengan berpakaian uniform menggunakan aplikasi menampakkan pergerakan mulut seperti orang sebenar sekali gus mengelirukan mangsa.

“Sindiket ini mengelirukan orang ramai dengan membuat panggilan video menggunakan aplikasi tersebut yang menampakkan kesahihan pemanggil sedangkan ia telah diubah suai dengan menampakkan pergerakan mulut dan gambar wajah yang disunting.

“Kaedah ini boleh memperdayakan orang ramai sehingga mengakibatkan kerugian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BERITA BERKAITAN Hangus RM1.63 juta: Mudahnya pesara wanita ditipu ‘scammer’

Beh berkata semalam pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan sindiket itu daripada seorang suri rumah berusia 40 tahun yang menyatakan dia terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan rasuah melalui semakan maklumat peribadi pengadu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menipu,” katanya sambil menambah orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan panggilan yang diterima.

Beliau berkata pihaknya memandang serius terhadap kes melibatkan panggilan palsu yang menggunakan gambar profil pegawai polis dan pihak penguat kuasa bagi mengaburi orang ramai.

Orang ramai dinasihatkan membuat semakan menerusi laman sesawang https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222 berkaitan aktiviti mencurigakan melibatkan sindiket itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This