SEORANG lelaki ditahan selepas dipercayai menyamar sebagai anggota polis dan terlibat dalam kes menyamun serta merogol seorang wanita di Hutan Simpan Similajau, Bintulu, 29 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali memaklumkan, suspek berusia awal 50-an itu telah ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, semalam.
Menurut beliau, suspek ditahan kira-kira pukul 2.30 petang di sebuah kawasan awam di Sibu.
Nixon memberitahu, pihaknya berjaya menahan suspek hasil maklumat dan risikan yang dilakukan sejak lima hari lalu.
Baca artikel lain: Polis buru Namewee berhubung kematian seorang aktivis media sosial
“Siasatan awal mendapati, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, suspek menyamar sebagai anggota polis dan memperdaya mangsa yang berusia 20 tahun dengan menawarkan bantuan kewangan.
“Suspek kemudian membawa mangsa ke lokasi kejadian lalu merampas telefon bimbit sebelum merogolnya,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Nixon berkata, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/376 serta Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Beliau turut menasihatkan orang awam, terutama golongan wanita, supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai individu yang memperkenalkan diri sebagai penjawat awam tanpa pengesahan yang sah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

