Peminta sedekah Rohingya: Polis siasat kemungkinan penglibatan sindiket

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS akan menyiasat kemungkinan penglibatan sindiket di sebalik peminta sedekah dalam kalangan kanak-kanak etnik Rohingya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya akan meneliti semua kemungkinan menerusi siasatan dan pengumpulan risikan.

Menurut beliau, sesiapa sahaja masih tertakluk kepada undang-undang sekiranya melakukan kesalahan walaupun pesalah merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Sebenarnya kita boleh mengambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan dan Akta Kesalahan Kecil.

“Undang-undang di sini tidak tertakluk kepada warganegara Malaysia sahaja tetapi juga terpakai kepada sesiapa yang melakukan kesalahan.

“Ada kemungkinan sindiket tetapi kita akan menyiasat dan cuba mengumpul risikan,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Ditipu adik kandung cecah RM1.5 juta, Irwansyah buat laporan polis

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Kedah baharu iaitu Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad.

Wan Hassan menggantikan Datuk Kamarul Zaman Mamat yang akan menggalas tugas sebagai Ketua Polis Johor bermula minggu hadapan.

Mengulas lanjut, Razarudin menegaskan akan mengarahkan semua kontinjen dan polis daerah untuk memantau aktiviti meminta sedekah terutama di kawasan lampu isyarat.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam hantaran di Facebook menegaskan polis berkuasa menahan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan jenayah dan melanggar undang-undang sama ada warganegara, penduduk atau warganegara asing termasuk pemegang kad UNHCR.

Baru-baru ini, video kanak-kanak dipercayai etnik Rohingya meminta sedekah di persimpangan jalan tular dalam media sosial.

Tindakan kanak-kanak dengan lagak ‘gangster’ dengan mengetuk pintu dan seolah-olah mengugut untuk diberikan wang itu mendapat perhatian netizen.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis Shah Alam berjaya tahan suspek kes cabul, liwat remaja berusia 15 tahun

PIHAK polis berjaya menahan suspek kes cabul dan liwat melibatkan dua remaja berusia 15 tahun seperti yang tular di...

More Articles Like This