Bantuan rebat: Untuk pembelian 15 jenis peralatan elektrik

Dari Penulis

BANTUAN Pembelian Peralatan Elektrik Domestik sebanyak RM500 dalam bentuk e-rebat ini dikhususkan kepada warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengguna atau pemilik akaun elektrik domestik dengan syarikat utiliti elektrik, rumah kediaman yang ditenggelami banjir dan tersenarai sebagai mangsa bencana.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. GAMBAR: Abd Razak Aid

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, melalui bantuan ini, mereka yang layak boleh memohon dan mendapatkan e-rebat bernilai RM500 semasa membuat pembelian.

Katanya, ini sama ada secara fizikal di kedai dan pasar raya yang berdaftar atau di platform e-dagang yang diiktiraf di bawah Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE).

“Pemberian bantuan ini hanya untuk 15 peralatan elektrik domestik yang disenaraikan, tidak terikat kepada syarat label cekap tenaga dan perlu mematuhi piawaian keselamatan elektrik.

“Walau bagaimanapun, pengguna digalakkan membeli peralatan elektrik berlabel cekap tenaga.

“Pembelian barangan program ini akan bermula pada 7 Januari 2022. Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk ke laman sesawang di pautan http://www.saveenergy.gov.my,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Baca:Rebat RM500 mangsa banjir beli barangan elektrik bermula 7 Jan – Takiyuddin

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia libat nilai keseluruhan RM1.4 bilion

Sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri pada 29 Disember lalu, Bantuan Pembelian Peralatan Elektrik Domestik sebanyak RM500 dalam bentuk e-rebat ini bertujuan untuk meringankan beban kepada pengguna elektrik domestik yang terkesan untuk membuat pembelian peralatan elektrik bagi menggantikan peralatan yang rosak.

Pelaksanaannya akan menggunakan platform dan mekanisme Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) yang diselaraskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia).

Sementara itu, menurut ruangan Soalan Lazim (FAQ) yang disediakan SEDA, 15 barangan elektrik yang boleh di bawah program ini ialah:

Apakah jenis barangan elektrik yang boleh dibeli di bawah program ini?

Sejumlah 15 barangan peralatan elektrik yang disenaraikan dan mempunyai label keselamatan oleh SIRIM-ST.

Senarai peralatan elektrik adalah disenaraikan di bawah:

Peti Sejuk
Mesin Basuh
Kipas
Lampu
Periuk Nasi
Televisyen
Seterika
Ketuhar Elektrik
Blender
Cerek Elektrik
Penyedut hampagas
Dapur elektrik
Ketuhar Gelombang Mikro
Penyejuk beku (Freezer)
Pendingin hawa  


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This