Bukit Aman sahkan terima laporan kes Azam Baki, rujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung pendedahan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki yang membenarkan adiknya menggunakan akaun beliau bagi urusan pembelian saham.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan malam ini berkata laporan berkenaan juga telah dirujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Pada Rabu lepas, Azam menafikan tuduhan beliau mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat, serta menyifatkannya sebagai tohmahan yang berniat jahat.

Azam dilaporkan berkata ia merupakan satu penipuan besar untuk memberi persepsi negatif terhadapnya.

Kenyataan itu tidak menyatakan sama ada polis akan menyiasat perkara itu, walaupun Menteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata Azam kini disiasat SC dan polis.

BERITA BERKAITAN Siasatan Azam Baki: Anggota LPPR tidak sependapat dengan kenyataan Abu Zahar

Memetik laporan Bernama, Wan Junaidi berkata, kerajaan memberi jaminan siasatan terhadap Azam Baki dilakukan mengikut lunas undang-undang dengan kes itu kini diteliti oleh Suruhanjaya Sekuriti dan polis.

“Saya sedar ramai pihak yang mendesak agar tindakan diambil terhadap Tan Sri Azam. Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa perkara ini masih dalam siasatan dan kami hanya boleh membuat keputusan mengenai perkara itu selepas selesai siasatan oleh SC serta PDRM,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sementara menunggu siasatan selesai, semua pihak diminta bertenang kerana kerajaan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu sebaik mungkin.

Mengulas desakan agar SPRM diletak di bawah Parlimen, Wan Junaidi berkata perkara itu bukan mudah dan perlu diteliti.

“Bagi membolehkan SPRM menjadi sebuah agensi penguat kuasa yang berkesan, ia perlu beroperasi secara bebas.

“Penubuhan SPRM di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694) memastikan kebebasan suruhanjaya itu dan perkara ini tidak boleh dikompromi dalam apa jua cara,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This