Kereta api tidak berhenti, KTMB gantung tugas kakitangan

Dari Penulis

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) melakukan tindakan drastik menggantung tugas kakitangannya susulan kejadian kereta api tidak berhenti mengakibatkan kira-kira 100 murid terpaksa ‘ponteng’ sekolah, pagi tadi.

Menurut KTMB dalam kenyataan, siasatan berhubung kejadian tersebut sedang dijalankan dengan tindakan disiplin akan diambil sekiranya berlaku kecuaian.

Katanya, KTMB memandang serius dan berasa kesal dengan kejadian tersebut lebih-lebih lagi melibatkan 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong yang memulakan sesi penggal ketiga 2021/2022 hari ini.

“KTMB mengesahkan tren Shuttle Timuran No 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat pada pukul 4.05 pagi tidak berhenti di Hentian Kuala Gris pada pukul 7.08 pagi.

“KTMB memohon maaf kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah yang terlibat dan kesal atas kejadian yang berlaku.

“Tindakan penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan dan KTMB menjamin insiden yang sama tidak akan berulang pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tren kargo KTMB tergelincir berhampiran Stesen Komuter Batu Tiga

Pagi tadi, media melaporkan kira-kira 100 pelajar di Kampung Kuala Gris, Kuala Krai ‘terkandas’ apabila kereta api yang sepatutnya tiba pukul 7 pagi tidak berhenti di hentian tersebut.

Selepas menunggu selama 30 minit di hentian berkenaan, pelajar berkenaan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan tidak hadir pada hari pertama penggal ketiga persekolahan, hari ini.

Hal ini kerana, mereka perlu menaiki kenderaan sejauh kira-kira 10 kilometer yang akan mengambil masa 25 minit berbanding kereta api iaitu hanya 17 minit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This