SEMUA majlis akad nikah dan kenduri diadakan di Kelantan dibenarkan dengan 50 peratus kapasiti ruang premis.
Pada masa sama, semua individu yang hadir perlu lengkap menerima vaksin.
Itu merupakan arahan ketetapan terbaharu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) berkuatkuasa serta-merta, hari ini.
Pengarah JAHEIK, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh berkata, kesemua individu juga perlu mematuhi penjarakan fizikal.
Menurut beliau, individu yang telah lengkap vaksin dibenarkan membawa kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum.
“Sebarang majlis akad nikah dan kenduri dibenarkan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan 50 peratus kapasiti ruang premis dan penjarakan fizikal.
“Semua kursus praperkahwinan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) pula dijalankan secara dalam talian.
“Perkhidmatan khidmat nasihat dan runding cara dijalankan secara dalam talian serta bersemuka dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Apa-apa arahan dan ketetapan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dari semasa ke semasa adalah terpakai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Kelantan, Sarawak akhirnya beralih ke Fasa 4 PPN mulai Isnin
Che Mohd. Rahim turut memaklumkan, semua arahan pentadbiran yang telah dikeluarkan sebelum ini adalah terbatal selaras ketetapan baharu.
Kelantan diumumkan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 3 Januari lalu.
Selain Kelantan, Sarawak turut beralih ke Fasa 4 mulai 3 Januari lalu.
Peralihan fasa bagi Kelantan dan Sarawak sekali gus bermakna kesemua negeri telah pun beralih ke Fasa 4 PPN.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

