Lelaki ditahan SPRM berkait sindiket sijil vaksinasi COVID-19, kali ini di Sabah

Dari Penulis

BARU semalam negara dikejutkan dengan penahanan seorang doktor di Terengganu berkaitan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 palsu.

Hari ini, seorang lelaki di Kota Kibabalu pula ditahan, juga dipercayai berkaitan pemberian sijil digital vaksinasi COVID-19 kepada mereka yang tidak mengambil pelalian tersebut.

Memetik laporan Bernama, lelaki itu dipercayai meminta rasuah lebih RM2,000 daripada orang awam bagi tujuan pendaftaran Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 di dalam aplikasi MySejahtera pada Oktober tahun lepas.

Suspek ditahan kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kota Kinabalu.

Baca: Sijil vaksinasi palsu: 6 ditahan jadi ejen bantu doktor cari pelanggan

Polis tahan doktor disyaki keluar sijil vaksin COVID-19 palsu

Selain itu, lelaki berumur 31 tahun itu juga dipercayai memberi rasuah kepada sukarelawan di satu pusat pemberian vaksin sebagai balasan mendaftarkan nama individu yang tidak menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi mendapatkan sijil digital berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau dipenjara diketahui hari ini

NASIB Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada kekal bebas atau dijatuhi hukuman penjara akan diketahui...

More Articles Like This