Pas sambut baik langkah Azam beri penjelasan terbuka isu saham

Dari Penulis

PAS menyambut baik langkah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang secara terbuka memberikan penjelasan berhubung beberapa tuduhan berkaitan dakwaan isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

Setiausaha Agung Pas yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyudin Hassan. GAMBAR: Abd Razak Aid

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah tersebut amat tepat kerana ia berkaitan dengan integriti SPRM sebagai sebuah badan penguat kuasa pencegahan rasuah yang utama di negara ini.

“Kenyataan terbuka Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut yang berupa penafian terhadap tuduhan berkenaan diharap dapat menghentikan tindakan beberapa pihak yang kelihatan sengaja membangkitkan isu seumpamanya bagi menimbulkan keraguan di kalangan rakyat sekaligus untuk menggugat kestabilan negara di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya dalam kenyataan media lewat malam tadi.

Baca: Tindakan terhadap Lalitha lindungi reputasi – Azam Baki

Suruhanjaya Sekuriti akan dapatkan penjelasan Azam Baki

Menurut Takiyudin, dengan ini juga, beban pembuktian terletak ke atas pihak yang masih terus membuat dakwaan yang serupa bagi membuktikan segala tuduhan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan berasas, sekiranya tidak ia adalah sekadar tuduhan melulu.

“Pas yakin pihak berkuasa akan meneliti kenyataan tersebut dan menilai serta seterusnya mengambil tindakan yang adil kepada semua pihak berdasarkan fakta dan undang-undang,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Anda tak nak duduk semeja dengan DAP, teruskan keangkuhan kamu’ – Loke

DAP menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama dengannya jika diberi mandat semula membentuk kerajaan negeri pada...

More Articles Like This