HAMPIR sembilan juta dos penggalak telah pun diberikan di seluruh negara setakat malam tadi.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ciapan di akaun Twitter beliau.
Menurut Khairy, jumlah berkenaan dijangka melepasi angka 10 juta pada minggu hadapan dalam usaha menggalakkan lebih ramai individu memperoleh suntikan dos penggalak.
“Setakat 11.59 malam tadi, hampir sembilan juta dos penggalak telah pun diberikan. Kami menjangkakan angka itu melepasi 10 juta minggu depan.
“Hasil daripada program dos penggalak yang dipercepatkan dan prosedur operasi standard (SOP), kapasiti hospital kekal terkawal walaupun peningkatan kes import varian Omicron,” katanya dalam ciapan berkenaan.
Baca artikel berkaitan: “Noor Hisham dapat sokongan penuh saya” kata KJ sambil ingatkan strategi China total lockdown
Dalam ciapan berasingan, Khairy turut mengambil contoh Sarawak yang telah mencatatkan penurunan kes positif COVID-19 secara mendadak selepas bermula program dos penggalak.
Kata beliau, sebelum Sarawak memulakan program dos penggalak pada bulan Oktober, kes harian di negeri itu melepasi angka 3,000.
Namun begitu, jumlah tersebut jatuh mendadak dengan kes baharu dicatatkan di Sarawak sejak akhir-akhir ini sekitar dua digit sahaja.
“Sebelum Sarawak memulakan program dos penggalak pada bulan Oktober, kes harian melebihi 3,000.
“Kita dapat lihat kes menurun kepada dua digit dengan setiap indikator juga menurun lebih daripada 90 peratus sejak September,” katanya.
Semalam, hanya 18 kes baharu direkodkan di Sarawak dengan kes mula menurun kepada dua digit sejak 5 Disember tahun lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

