Haikal dalam bulatan memberikan nasi kepada anggota Avengers.

SIAPA sangka hasil kreatif anak Temerloh ini meraih perhatian serantau selepas video pendek anggota Avengers “lepak” di rumahnya sambil makan tular di TikTok sejak ia di muat naik dua hari lalu.

Video hasil suntingan Engku Nurmuhammad Haikal Engku Yahaya yang memaparkan dirinya berulang-alik di dapur sambil menghulurkan periuk nasi dan air kepada enam watak adiwira dalam filem Avengers telah ditonton sebanyak 19.4 juta kali.

Ia bukan sahaja mendapat pujian dalam kalangan rakyat negara ini, malah daripada penduduk negara serantau termasuk Jepun, Vietnam, Thailand, Kemboja dan Indonesia.

Kata Haikal, idea menghadirkan Avengers di rumahnya dilakukan sekadar suka-suka, dan tidak sangka ia diterima ramai.

“Saya tengok dekat YouTube ada video ‘green screen’ Avengers. Oleh kerana Avengers yang asal itu sudah tiada, jadi saya buat macam nak ‘tribute’ balik kepada mereka,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Tambah anak kelahiran Temerloh, Pahang ini, dia turut terkejut dan tidak terkata apabila melihat videonya mendapat perhatian ramai selepas sehari dimuat naik.

“Saya belajar edit video sendiri, dan tak sangka benda (viral) ni nak jadi.

“Bila orang tanya bagaimana saya edit video berkenaan, saya kongsikan,” tambahnya.

Ujarnya, jauh di sudut hati, dia rasa bangga apabila hasilnya itu mendapat perhatian ramai.

“Saya mula menjinakkan diri dalam dunia penyuntingan ketika di bangku sekolah lagi,” ujar pemuda berusia 21 tahun ini.

Baca artikel berkaitan: Alhamdulillah syukur, abang Viva sudah dapat 4×4 petang tadi

@engkuhykal Avengers assemble datang rumah #avengers #marvelstudios #marvel #avengersassemble ♬ bunyi asal – engkuhykal

Dalam video pendek itu, lebih daripada 54,200 ribu netizen membanjiri ruangan komen di mana rata-ratanya terpegun akan kepandaian Haikal dalam menyunting video yang berkapsyen ‘Avengers assemble datang rumah’.

Rata-rata memuji idea kreatif yang dihasilkannya.

“Terbaik, dia pandai editing, nampak macam betul,” kata @alialichang232323 dari Kemboja.

“Saya baru melihatnya semalam,” ujar @9 dari Jepun.

“Saya rekomendasikan ini org buat jd editor indosiar,” kata @Hanah dari Indonesia

Tak kurang juga orang negara ini yang turut bangga dengan hasil Haikal.

“shesshh avengers datang temerloh bohh,” komen @amir.asyraaf.

“macam real sia takut aku tengok thor,” ujar @jal

“dah abs banjir baru datang. Abang viva juga avengers terbaik,” kata @bukanlelakiidaman

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram