Tujuh ditangkap selepas video gaduh di bandar Mentakab tular

Dari Penulis

POLIS menahan tujuh lelaki berusia 19 hingga 35 tahun selepas tular klip video pergaduhan yang berlaku di tepi jalan bandar Mentakab, Temerloh tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Azhar Mohd Yusoff berkata, tangkapan itu dilakukan susulan laporan dilakukan pihaknya.

“Pihak polis telah membuat laporan maklumat pertama (FIR) untuk memulakan siasatan dibawah Seksyen 147 kanun Keseksaan iaitu merusuh di tempat awam dan juga melakukan gaduh gempar dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam ini.

Ujarnya, sebelum itu pihaknya telah mengesan video terbabit kira-kira pukul 8 pagi melibatkan pergaduhan sekumpulan lelaki dipercayai berbangsa India yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp.

Baca artikel berkaitan: 10 maut nahas treler di Bekasi, Indonesia

“Rakaman video yang berdurasi selama 10 saat ini, dipercayai berlaku pada 31 Ogos 2022, jam lebih kurang di antara 12.05 hingga 12.20 tengah malam,” katanya.

Tambahnya, pihaknya sedang mengesan saki-baki mereka yang teribat dalam kes ini.

Pihak polis juga menyeru kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan untuk tampil bagi menyalurkan maklumat kepada pihak kami.

Maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Asisten Superintendan Imawathy Mohamad Yusof di talian 012-2822874 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This